Tuesday, August 25, 2015

Shaklee dan Israel

Shaklee dan Israel. Isu lama yang dibangkitkan kembali untuk mengaburi mata kita tentang sesuatu. Bukan dua tiga kali, tapi berkali-kali Ain fikirkan untuk share pasal ni. Sebab dunia akhir zaman ni memang penuh dengan fitnah. Dan dalam Islam, fitnah itu lebih teruk dari membunuh.

Terlalu complicated untuk diceritakan di sini. Cumanya, yang Ain boleh cakap, Ain yakin yang Shaklee memang tak ada kaitan dengan Israel. Shaklee TAK menyumbang kepada Israel sebagaimana yang cuba diviralkan kembali.

Di bawah ni ialah kenyataan rasmi Shaklee terhadap apa yang berlaku.



Pasal Shaklee dikaitkan dengan Israel??? Tak dinyatakan dalam kenyataan rasmi di atas. Sebab macam Ain cakap, ianya isu lama yang dibangkitkan semula. Tahun lepas juga pernah kecoh pasal isu ini. Semata-mata untuk menjatuhkan Shaklee. Jadi, kat bawah ni ialah kenyataan Shaklee tentang kaitannya dengan Israel.


Kalau tahun lepas, Shaklee dikaitkan dengan Israel kerana Keneseth (boleh google sendiri), dia ni sebenarnya juga seorang SID, yang menyumbang kepada Israel. Contoh lain macam SID Melayu, sedekah bonus skit kat masjid, SID Cina menderma untuk kebajikan sekolah cina, dan lain-lain.

Kat bawah ni plak ialah link penerangan Roger Barnett (CEO Shaklee Corporation) tentang isu Israel dan pendiriannya tentang kemanusiaan.



********

Macam-macam respon kita disebabkan isu ni. Yang terus percaya membuta tuli, ada yang terus menuduh tanpa usul periksa, ada yang menegakkan benang yang basah, ada yang bersifat neutral, ada yang berusaha mencari kebenaran, ada yang cuma sekadar silent reader, tak kurang zaman teknologi ni ramai yang menyebarkan fitnah (semudah klik butang ‘Share’ sahaja, fitnah boleh tersebar luas dan semua dosa tertanggung atas bahu si yang meng-klik. Hati-hati ya).

Daripada isu ni, yang Ain dapat untuk pengajaran diri yang sangat lemah ini…
  • Berfikir menggunakan akal, bukan perasaan. Jangan kerana taksub dan terlalu mengagung-agungkan sesuatu, perasaan menguasai akal.
  • Yang tersurat cuma menghasilkan ‘first impression’ kita terhadap sesuatu. Yang lebih penting ialah apa yang tersirat.
  • Ambil tahu sesuatu isu dari pelbagai pihak, bukan baca satu statement and that’s it. Kita pun nak buat statement komen pasal tu.
  • Yang tak logik pun boleh jadi logik sebab tiada satu pun makhluk (termasuklah kita manusia) yang sempurna. Yang Maha Sempurna cumalah Allah Yang Satu dan Dialah Yang Maha Berkuasa dan Maha Menentukan segala sesuatu.
Semoga kita dijauhkan dari fitnah dunia akhir zaman. Nauzubillah…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih. Singgah Lagi Ya.