Thursday, April 28, 2016

Ada Apa Dengan Vitamin C Shaklee


Promosi Vitamin C tinggal 3 hari saja lagi. Yang rasa vitamin Shaklee ni "biasa-biasa" saja, korang WAJIB baca entri ni. Ni nak share pasal one of the most popular Shaklee suplemen tau - Vitamin C.

Darah Tinggi dan Vitamin C

Hasil kajian saintis dari John Hopkins University mendapati, pengambilan vitamin C di kalangan pesakit darah tinggi mampu membantu menurunkan tekanan darah secara sederhana. Tapi, sentiasa kena ingat ya. Tugas suplemen hanyalah mengisi lompong-lompong nutrisi, bukannya untuk mengubat, merawat, mencegah sesuatu penyakit. Jangan ngelat untuk ambil ubat hospital atau klinik, kalau dah di'prescribed' ya. :)



Tuesday, April 26, 2016

Kita Hilang 4000mg Kolagen Sehari


Kita kehilangan 4000mg sehari???
Korang Tau Tak?
Perkataan kolagen berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud bersifat lekat atau “glue”. Kolagen ini juga adalah sejenis protein yang sangat penting dalam tubuh badan kita dimana badan kita kehilangan sekurang-kurangnya 4000mg kolagen sehari.

Sebab itu Collagen Shaklee membekalkan 4000mg dalam 1 sachet untuk sehari. Menarik bukan? :)
Info pasal Collagen Powder Shaklee pujaan ramai tu, klik SINI.

Bayi Susu Ibu

Bayi menyusu sangat depends on khasiat dari susu ibu. Nak susu ibu berkhasiat, mestilah si ibu kena sihat.
Macam mana nak sihat?
Ikhtiar Ain untuk sentiasa sihat ialah dengan Vitalea, Vitamin C, B complex, ESP, Ostematrix, Alfalfa dan Omega Guard. WAJIB tau Ain amik everyday.
Alhamdulillah,
Syukur, Allah beri kesihatan yang baik kat si bulat ni. Dengan asbab Ain amalkan Shaklee.
Dalam Quran pun ada kata suruh makan dari sumber yang baik2. Tak ingat plak surah berapa ayat berapa. Hehehe. Kalau Ain salah, tolong betulkan. :)

Kulit Sensitif Semakin Baik dengan Asbab Shaklee


“Alhamdulillah di beri peluang untuk berkongsi pengalaman dalam menjaga anak yang kulit sesangat sensetif. Nak kata eczema pun saya rasa tak. Tapi….
Ceritanya bermula anak hero saya ni kena campak ruam, lepas 2minggu ingatkan semakin ok tapi tak. Lagi bertambah-tambah bila kena lagi campak api.
Masa tu saya tiada pilihan terpaksa hantar anak ke rumah mengasuh juga. Ingatkan 2minggu tu ok la semula, tapi makin teruk dan anak hero ni masa tu dah setahun 5bulan, suka mengaru habis kulit jadi berdarah dan berbekas.
Lepas nak baik, suami kena chiken pox, seminggu lepas tu anak hero ni lagi sekali kena chiken pox.. orang kata sekali seumur hidup kan? Tapi anak hero saya ni dalam tempoh 3bulan 3 jenis campak dia kena.
Sampai lah saya terpaksa berhenti kerja dan jaga sepenuh masa anak saya ni. Jumpa pakar kulit dari Kerajaan sampaikan la ke Pakar kulit kanak-kanak (swasta) tak ok juga.
Doktor bagi ubat yang sama setiap kali jumpa pakar. Beratus habis kulit anak hero ni tetap sama.
Pilihan terakhir saya, tetap jumpa doktor pakar sekadar follow up je.. tapi saya lebih konsisten hanya MEALSHAKE, OMEGA, VITAMIN C CHEW je kata dia.. sekali sekala saya sulamkan dengan NUTRIFERON tapi tak boleh kerap atau banyak sebabnya ruam akan naik terlalu banyak.
Alhamdulillah.. lebih 3 bulan konsisten masalah anak hero ni semakin baik. Belum pun habis OMEGA tu semua.. anak hero dah tak sesensetif. Kulit makin baik dan sampai sekarang hanya amalkan ni tak kira dia demam, batuk atau selsema. Saya hanya bagi ni.
Tiada lagi ubatan dari klinik. Sebab dah puas lihat anak asyik makan antibiotik la ubat la.. cream la.. tetap sama juga.. tak juga ada perubahan.. tapi dengan penangan makanan tambahan tu je banyak perubahan pada bekas-bekas satu badan anak hero ni.
Alhamdulillah… bukan hanya pada kulit dia semakin baik, tapi baik dari segi fokus untuk pendidikan awal seperti mengaji sangat cepat menghafal dan bila ke mana-mana.. saya wajib bawa ni..
Sekarang? Tak risau pasal masalah kulit dia dah… dah pandai dah pun ambil vitamin sendiri…
Anak kedua sekarang a.k.a baby shaklee, seriusly berbeza dengan kulit abangnya…
Syukur.. Alhamdulillah…
Pilihan yang saya ada ni sangat berterima kasih, sebabnya bukan je tak ada bahan kimia malah terbaik dan semulajadi…
Thanks Shaklee.”

Ikhtiar dengan Vivix Bantu Pesakit Buah Pinggang

Vivix merupakan penemuan antipenuaan terhebat eksklusif oleh Shaklee. Bertindak melalui 4 mekanisma antipenuaan - anti-radang, memberi tenaga, mengurangkan pembentukan protein AGE, membaiki DNA - telah terbukti secara klinikal adalah 10 kali ganda lebih berkesan daripada resveratrol sendiri. Vivix diperbuat daripada campuran resveratrol dan polifenol.

Ikhtiar dengan Vivix hanyalah sekadar kaedah alternatif dan dari segi perubatan, tak sepatutnya dijadikan pilihan utama untuk mengubat penyakit kronik. Kerana Vivix hanya bertindak sebagai suplemen kesihatan yang melengkapkan nutrisi harian, bukannya ubat yang betujuana mengubat, merawat, menyembuh, mencegah sesuatu penyakit.

=====================================

"Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout.
Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama. Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout. Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebabkan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.
Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau. Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.
Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. “Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.” Jawap saya – InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah – jawab saya.
Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM400+. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni.
Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah. Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.

Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar. Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015. Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang.
Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri. Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa. Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya. Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.
Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga. Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya. “Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.”
Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX. Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering. Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.
Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan positif".
=======================================

Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang. Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP. ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.
Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout. Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah.
Credits : FB Hawatif Ali

Monday, April 25, 2016

Kemerosotan Kolagen

Selamat pagi semua!
Di hari Isnin ni, Ain nak share pasal graf ni. Inilah dia graf kemerosotan kolagen dalam badan kita. Start umur 20 tahun tau, kolagen akan start berkurang dengan banyak.
Kalau tak jaga dari awal, tak mustahil kita kelihatan lebih tua dari usia. Banyak je kan yang macam tu?
Ok, boleh tengok cermin masing2. Dah berapa kedut ada di muka? Hihihi…
Jangan marah na. Senyuuummm…
Nak info pasal Collagen Powder Shaklee yang super best ni? Klik SINI. Selamat membaca dan jatuh cinta dengan Collagen Powder.

Syaitan Dalam Solat

WAKTU TAK SOLAT, TAKDE INGAT APA-APA.. TIME SOLAT JE MACAM-MACAM BENDA MASUK KAT KEPALA

Pernah rasa mcm ni?? Time kita tak solat, takde pulak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak mati roadtax.. Benda merepek2 yg masuk dlm kepala.. Abes je bagi salam, takde pulak pikir pasal benda2 ni semua.. Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa.. Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu.. Batal ler solat.. Ishhh.. Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni??

Meh sini nak bgtau… Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak.

Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal benda ni.. Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau.. Kalau takde, tu si Khanzab nyer kejer le tu.. Kalau teringat benda2 kat luar solat, tu kejer si Khanzab jugak.. Jahat kan dia ni? Samseng sungguh! Memang dia nak lalaikan kita.. Nak kita tak khusyuk dalam solat.. Bila kita khayal teringat benda2 ni, tapi mulut kumat kamit baca bacaan dlm solat, si Khanzab ni berdekah-dekah ketawakan kita.. Cis!!!

Cara nak lawan si Khanzab ni:
  1. Baca Ta’awuz (a’uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim) sebelum solat pastu ludah ke kiri 3x (syarat meludah je.. Bukan ludah dgn kahak-kahak sekali keluar)
  2. Baca Ayatul Kursi 1x
  3. Baca Surah an-Nas 1x

Pastu boleh niat dan teruskan solat.. Cuba fahami maksud ayat2 bacaan solat tu.. Sebab tu kita kena belajar.. Apa tafsiran al-Fatihah, surah2 yg kita baca, bacaan waktu ruku’, i’tidal, sujud dan lain2.. Jadi sambil kita baca, kita faham.. Bukan hafal dan baca tegak je.. makin senang ler si Khanzab ni nak mengacau.. Ok, pasni cuba taktik ni.. Tengok siapa menang, kita atau syaitan?

In shaa Allah ..

Wallahu'alam.

Sunday, April 24, 2016

Basic H Pembantu Paling Efektif di Dapur

Sejak jadi umi anak 3 ni, tak banyak masa nak kemas dapur bersih2 hari-hari. Lepas masak, biasanya Ain lap-lap macam tu je, as long as kesan air bergula, kuah makanan tumpah dilap. Tak dak la nak berusaha gigih mengelap sampai berjam-jam sampai semua 'menghelip-menghelap' (berkilat-kilat) kan. Cuma sekali dalam sebulan dua, kenalah ada 'Misi Menyental Dapur'. Hihihi..

So, apa lagi. Mestilah kena panggil pembantu Ain. Siapa lagi kalau bukan Basic H!

Dengan Basic H ni, senang ja boleh hilangkan kesan2 kunyit, percikan minyak masa masak, siap jadi berkilat-kilat macam baru jadinya kabinet Ain ni. Hehe...

Kesan minyak yang tak hilang dilap dengan kain, malah, meninggalkan kesan hitam pada table top kabinet.

Ha, ni lagi satu kesan minyak yang menghitamkan table top.

Yang ni plak kesan dari cawan minuman (nampak tak bulatan berwarna light brown tu). Tonyoh-tonyoh banyak kali dengan sabun pun tak hilang. Tapi guna Basic H, sekali lap terus hilang!
Ni plak minyak yang terpercik masa menumis. Tak perasan pun mula-mula lap table top. Sekali terperasan punyalah banyak minyak terpercik tak lap. Dah jadi keras plak tu! Nasib baik ada Basic H.

**********
Sayangkan dapur rumah anda?

Pilihlah Basic H. Pencuci berkepekatan tinggi dari sumber semulajadi yang berkesan menanggalkan kotoran degil.



Dr.Ain 016-4214704

Rambut Kurang Gugur Lebih Lebat dan Hitam


“Selepas saya minum 3 kotak Collagen Powder Shaklee, kesannya kepada rambut. Before this setiap kali cuci rambut rasanya hampir segenggam rambut saya gugur termasuklah di lantai bathroon, di tempat tidur, apa lagi jika semasa sisir rambut. En hubby la yang tolong bersihkan. Tapi selepas 2 bulan saya consume collagen, alhamdulillah kesan positif. Saya sendiri pun tak perasan mula2. Selepas en hubby tegur, “napa dah tak banyak rambut mommy gugur sekarang?”, yer la, baru ku tahu. Ketara semasa cuci rambut dah takde yang gugur lagi. Kalau ade pun dalam 2-4 helai je. Rambut juga semakin lebat dan hitam. Dan paling best dulu ada juga nampak tumbuh sehelai dua uban yang nak tumbuh, sekarang tak de dah.
Dan satu lagi kesan saya nak share, power mata rabun jauh saya pun berkurangan. Dulu 200 kiri kanan, sekarang turun 150. Biasa kalau malam saya drive mesti pakai cermin mata. Sekarang tak perlu lagi."

Dr.Ain 016-4214704

4 Keistimewaan Collagen Powder

APAKAH KOLAGEN?

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia.Malah, ia menyumbang kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.




SEBAB DAN KESAN KEHILANGAN KOLAGEN

Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain, seperti: kulit berkedut, kering dan melayut kuku rapuh dan tidak kukuh rambut halus dan gugur.




Kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dapat menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kulit.

Faedah-faedah makanan tambahan kolagen termasuk dapat menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Halangi tanda awal penuaan dengn memperlahankannya melalui pengambilan suplemen kolagen. Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi.


Tahukah anda?

Kolagen membentuk 90% protein matriks tulang-tulang dan dua pertiga dewasa tulang rawan artikular. Oleh itu kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kesihatan tulang-tulang anda dan sendi: tulang lemah sendi kaku.

Kolagen memberikan penampilah muda pada kulit kita.


4 SEBAB KENAPA PATUT PILIH SHAKLEE COLLAGEN POWDER

1) Merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Ikan merah hidup di dasar laut merah yang mempunyai kedalaman sehingga 6000 meter, & bertekanan tinggi, menjadikannya sumber kolagen yang sangat tahan lasak.

Ikan merah hidup di dasar laut dalam yang bertekanan tinggi, menjadikannya sumber kolagen yang sangat tahan lasak.


2) Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Tujuh bahan utamanya termasuk ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong anda dari dalam dan luaran.





3) Collagen Powder ni bukan sekadar kolagen sahaja. Malah merupakan gabungan 7 bahan aktif yang berupaya menghidrat, menganjal dan melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas (sebagai antioksidan).




Fungsi khusus setiap satu bahan, boleh teruskan membaca di SINI.


4) Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Statistik menunjukkan, selepas menggunakan selama 8 minggu, 71% orang merasa tekstur kulit bertambah baik.





Jadi, apa lagi? Yang nak kulit cantik dan sentiasa kelihatan muda, cepat-cepat cuba Shaklee Collagen Powder yang memang terbukti berkesan. Semestinya 100% semulajadi, berkesan dan selamat.

Nak tengok koleksi testimoni Collagen Powder yang hebat2? Klik SINI ya. :)


Dr.Ain 016-4214704

Saturday, April 23, 2016

CoQ Health Plus Membantu Jantung Lebih Sihat Bertenaga

CABARAN

Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia. Manakala, mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.


APA ITU KOENZIM Q10 DAN MENGAPA IA PENTING UNTUK TUBUH KITA?


CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ0organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi mengekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.

Selain itu, CoQ10 juga bertindah sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.


BERAPAKAH JUMLAH PENGAMBILAN DIETARI COENZYME Q10 YANG KITA PERLUKAN?

Pengambilan dietari harian membantu memelihara para CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Berikut merupakan jumlah CoQ10 di dalam makanan yang biasa kita ambil:



Tambahan lagi, keupayaan tubuh menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh kita pada usia 20 tahun.

Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolesterol boleh mengurangkan tahap CoQ10 di dalam tubuh. Justeru, pengambilan suplemen boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita ini.


PENYELESAIAN UNTUK ANDA – COQHEALTH PLUS



CoQHealth Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat: 
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung 
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL 
  • Meningkatkan peredaran darah 
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah 

Dos pengambilan – sebiji kapsul sehari selepas makan.


5 PERBEZAAN SHAKLEE

  1. Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.
  2. Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula Vitamin E, untik memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh. 
  3. Eksktrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).
  4. CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber ketersediaan CoQ10-nya. 
  5. Tanpa gluten




Testimoni pengguna CoQ Health Shaklee…



Dr.Ain 016-4214704

Baby Food 1

Seronok buat baby food untuk Zulaikha sekarang. Dia makan pun bukan main selera lagi, sampai kita yang suapkan ni pun terliur. Padahal bubur & puri je pun. Hahaha...

Boleh dikatakan hampir setiap hari Ain akan buatkan makanan dia. Tak payah susah2 nak buat bubur banyak2. Ambik je 2 sudu nasi putih yang baru masak, still panas2 lagi tu, steamed brokoli, kentang, carrot...blend semuanya sampai hancur terus. Baby food kan. Pastu nak cair or pekat mana, pandai2 adjust sendiri banyak mana nak boh air.

Siap!

Dapat kat Zulaikha, licin semangkuk ni. Laju ja dia makan.

Alhamdulillah... :)


Friday, April 22, 2016

Vitamin E Pudarkan Parut


Ini testimoni sendiri ni. Satu hari tu, masa tengah tuam baby lepas mandi, accidentally tangan terkena iron yang tengah on. Next day, anak 1st yg umur setahun lebih ni (memang semua benda pun dia curious), dikoreknya luka kat tangan ni. Menjerit la satu rumah!!! Sakit!!!

Lepas sapu Shaklee Vita E beberapa hari dan seterusnya terus mengamalkan ESP (protein untuk sembuhkan luka), Alhamdulillah akhirnya luka semakin pudar.


Jom kenal Shaklee Vita E Complex!


Ianya ialah sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak, dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon, dan keimunan. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua.

Satu kapsul gel lembut membekalkan 400 IU vitamin E dari sumber semulajadi, dan 10 mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E.




Dr. Ain 016-4214704

Penglihatan yang Kabur Kian Terang dengan Carotomax Shaklee

Alhamdulillah…

Tersentuh baca testimoni sideline Shaklee saya. Niat murni pasti dibalas dengan kebaikan, insya Allah… 

=====================

“Pakcik saya orang susah, Anak pun ramai. Bukan 5-6 orang, tapi berbelas-belas orang. Mereka berteduh di dalam sebuah rumah kecil dan usang satu bilik. Rumah tu sebenarnya retak menanti belah je. Tengok pon tak sanggup nak biarkan pakcik duduk situ. Tapi sekarang hasil pertolongan saudara mara yang hulur serba sedikit, pakcik membina sendiri rumah yang agak selesa untuk keluarga besarnya. Cuma, adat orang tak berduit, ada duit jalanlah rumah, tak ade duit terbengkalailah projek rumah tu.

Dulu, pakcik saya buruh binaan, pernah bekerja di merata-rata tepat termasuklah Singapura. Sekarang pakcik saya tak mampu lagi nak ambil upah buat rumah orang. Matanya dah kabur, tak nampak terang dan disebabkan oleh penyakit darah tingginya.

Hari raya baru-baru ini, semasa melawat pakcik saya, selain hulur angpow, saya juga ada hulurkan sebotol carotomax dari Shaklee. Saya cakap, “ini vitamin untuk mata, pakngah makanlah. kita usaha pulihkan kabur mata pakngah”.

Semalam, tengah sibuk2 meng’order’ makanan di Mesra Mall, tetiba dapat call dari che ngah (isteri pakcik saya). Katanya mata pakcik saya dah makin terang. Pakcik tanya berapa harga ubat tu, dia nak sambung makan. “Erm, takpelah che ngah. Che ngah sms kita alamat che ngah je. Nanti kita poskan”

Alhamdulillah, syukur sangat dengan izin-Mu ya Allah.

Puas hati dengan Carotomax Shaklee!”


– Gambar Hiasan –


Huk, terharu kan?

Anda nak ikhtiar dengan Carotomax Shaklee juga?


Dr. Ain 016 4214704


Kita usaha, Allah yang menentukan.
So, bila dah usaha, jangan lupa doa ya.

Selamatkah Suplemen Shaklee untuk Masalah Thyroid Part 2

Kalau sebelum ini, Ain dah kupas secara ringkas tentang keperluan makanan tambahan bagi pesakit hypothyroid, kali ni sebaliknya pula. Jom Ain nak share pasal suplemen yang selamat untuk pesakit hyperthyroid pulak. In Shaa Allah…

Ok, secara ringkasnya, hypothyroid ialah keadaan di mana hormon thyroid seseorang rendah, dan hyperthyroid ialah apabila paras hormon ini lebih tinggi dari yang normal.


Seseorang yang mengalami masalah thyroid hormon yang tinggi boleh menghadapi simptom-simptom berikut:
  • jantung berdegup laju
  • sesak nafas
  • kelenjar thyroid bengkak
  • kulit lembab dan berpeluh lebih dari biasa
  • tangah terketar-ketar
  • risau berlebihan
  • selera makan bertambah, tetapi pada masa yang sama turun berat badan dengan mendadak
  • insomnia (masalah tidur)
  • mata terbonjol keluar (bagi pesakit Graves Disease)
  • perubahan kitaran haid
  • jarang berlaku: kulit menebal di betis, belakang kaki, tangan dan juga muka!

Paras hormon thyroid yang sangat tinggi boleh membahayakan nyawa!


Pesakit hyperthyroid memerlukan investigation lanjut untuk mengetahui punca sebenar paras hormon yang tinggi dan juga rawatan yang berpanjangan (kebanyakannya seumur hidup). Mereka akan di’prescribe’ ubat untuk menstabilkan paras hormon thyroid dan memerlukan pengambilan darah yang regular sehingga paras hormon normal. Ada juga memerlukan ubat untuk melambatkan denyutan jantung kerana pesakit hyperthyroid boleh mengalami denyutan jantung pantas yang tidak normal yang tidak baik untuk kesihatan.

Untuk kes yang teruk, pesakit akan dicadangkan untuk menjalani pembedahan membuang sebahagian atau keseluruhan kelenjar thyroid.


Bagaimana Shaklee boleh membantu?


Pesakit disarankan mendapat nasihat daripada doktor yang merawat terlebih dahulu.

Pesakit yang bermasalah thyroid akan mengalami kekurangan vitamin B. Sebab itulah, dengan pengambilan B complex seharian boleh membantu menangani gejala kekurangan vitamin B.

Carotomax, Vita-C Plus dan Vita-E Complex masing-masing merupakan sumber vitamin A, C dan E yang merupakan antioksidan yang penting untuk pesakit thyroid (selamat untuk kedua-dua keadaan hypothyroid dan hyperthyroid). Antioksidan berfungsi menghalang pembentukan radikal bebas di dalam badan yang boleh merosakkan.

Untuk Energizing Soy Protein (ESP) pula, sebagaimana yang kita tahu, menyediakan sumber protein lengkap dan kalori, bukan sahaja untuk pesakit hyperthyroid, tetapi juga kita yang sihat. Oleh sebab pesakit hyperthyroidism mempunyai paras hormon thyroid yang tinggi, kadar metabolisma mereka juga adalah tinggi, menyebabkan mereka memerlukan protein dan kalori yang cukup untuk tujuan ini. Jika tidak, pesakit akan mengalami kehilangan otot dan berat badan yang melampau2. Vitalea, sumber multivitamin dan multimineral terbaik, juga adalah untuk tujuan yang sama.

Omega Guard pula berfungsi sebagai anti-radang dan memperkuatkan sistem imun pesakit hyperthyroidism.

Ostematrix membekalkan keperluan kalsium yang cukup untuk pesakit thyroid. Ini kerana pesakit terdedah kepada kehilangan kalsium, magnesium, yang berlebihan akibat daripada penyakit yang dihadapi.

Vivix, dengan campuran resveratrol dan polifenol, yang terbukti secara klinikal, adalah 10 kali ganda lebih baik dari reseveratrol sendiri, di dalam proses antipenuaan, yang bertindak melalu 4 mekanisma.

Walau apa pun suplemen tambahan yang diambil, pesakit hyperthyroidism disarankan mendapatkan nasihat darpada doktor yang merawat.

Kalau nak cuba Shaklee pula, boleh hubungi Ain di number di bawah ni ya!


Dr. Ain 016-4214704

Hargai Kesihatan Mata

Syukur Alhamdulillah. Kesihatan mata lebih improve selepas cuba suplemen Carotomax.


“Alhamdulillah, tak sangka percubaan pertama cari supplement untuk mata ayah akhirnye berjaya. Ayah ada brain tumor yang effect mata kanannya. Doktor cakap lepas scan & MRI 2 minggu lepas, mata kanan ayah dah takde harapan lagi untuk melihat, tapi aku nekad nak bagi ayah makan carotomax ni. Baru-baru ni ayah ckp die da boleh nmpk semula walaupun kabur. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillahhhh…….. Pegi scan lagi baru2 ni Doktor pun tak percaya.

Alhamdulillah…. Sekarang tinggal nk keluarkan nanah je dari dalam kepala…. Mak dan adik pun dah start amik carotomax utk masalah rabun dorang. Alhamdulillah hepi sangat..! Thanks Shaklee, beri sinar baru utk ayahku..!!”


DISCLAIMER : Produk ini adalah suplemen semata-mata, bukan bertujuan mendiagnos, merawat, mengubat, mencegah mana-mana penyakit.

Konsultasi lanjut & order,
Dr.Ain 016 4214704

Thursday, April 21, 2016

Carotomax Enhances Level of Antioxidant Protection

Achieve an enhanced level of antioxidant protection with Shaklee Carotomax. Shaklee harnesses the antioxidant found in fruits, vegetables, and other plants by isolating and delivering more potent forms of natural flavonoids and carotenoids. You can’t get this level of potency and purity from foods alone.



The average daily intake of carotenoids lutein, lycopene, and beta carotene is only 8 mg. Carotomax provides over 13 mg of these highly beneficial carotenoids.

  • contains unique concentrated extracts from tomatoes, grape seeds, oil of palm, marigold and broccoli sprouts.
  • supports a strong immune system and helps to maintain a longterm health of the eyes, heart, skin, lungs, prostate and cervix



Dr.Ain 0164214704

Selamatkah Suplemen Shaklee untuk Masalah Thyroid Part 1

Good news untuk mereka yang ada masalah thyroid (dan on ubat untuk masalah ini), sebab anda juga mampu untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik dengan suplemen Shaklee. Tengok orang lain tersenyum ceria walaupun ada masalah kesihatan, anda pun berhak menikmati nikmat Tuhan yang tak terhingga itu - Kesihatan.

Masalah thyroid boleh dikategorikan sebagai hypothyroidism (paras hormon thyroid rendah) atau hyperthyroidism (paras hormon tinggi). Kali ini Ain cuma nak fokus kepada masalah hypothyroidism.

Jadi, jom la kita ‘say Hi‘ to hypothyroidism. Mari kita berkenalan. 

Masalah hypothyroidism boleh disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah pembesaran thyroid, kanser thyroid, selepas menjalani pembedahan membuang thyroid, selepas menjalani RAI (radioactive iodine), disebabkan ubat-ubat tertentu dan sebagainya.


Apabila paras hormon rendah, simptom2 yang boleh dihadapi oleh pesakit ialah mudah letih, lebih sensitif kepada kesejukan (orang lain rilek, tapi diri sendiri sejuk bukan main), sembelit, kulit kering, peningkatan berat badan mendadak yang tak tahu punca, muka bengkak, suara garau, otot lemah (lenguh-lenguh), kolesterol meningkat, masalah haid (darah berlebihan atau tak teratur), rambut yang semakin menipis, mudah stress, cepat lupa, jantung berdegup lebih lambat dari normal.


Hmm agak banyak masalah kesihatan dan kecantikan yang boleh dihadapi oleh pesakit hypothyroidism rupanya, kan? Bukan itu saja. Lebih menakutkan lagi, mereka juga mempunyai risiko untuk masalah kesihatan yang lain. Macam dalam gambar di bawah ni.


Risiko nyanyuk, serangan jantung, kencing manis, darah tinggi dan lemah sistem imun adalah tinggi disebabkan masalah yang dihadapi.

Oleh sebab adalah begitu tak memberangsangkan untuk hidup dengan simptom2 di atas, juga mempunyai risiko yang tinggi untuk 5 perkara di atas, pesakit akan disarankan mengambil ubat thyroxine. Ubat ini adalah bagi menggantikan hormon thyroid yang rendah di dalam darah. Most of the time, pesakit perlu mengambil ubat ini seumur hidup!

Ya, setiap sesuatu yang terjadi ada hikmahnya. Ada penyakit adalah ubatnya. Tugas kita ialah usaha, berdoa dan bertawakkal. 

Jom Ain cerita bagaimana Shaklee boleh membantu. Pesakit thyroid (kedua-dua hypo- dan hyperthyroidism) memerlukan antioksidan yang tinggi dalam badan untuk menghalang pembentukan radikal bebas yang merosakkan sel-sel. Suplemen antioksidan (vitamin A, C, E) yang ada ditawarkan oleh Shaklee termasuklah Carotomax, Vita-E Complex, dan SR Vita-C Plus. Suplemen lain termasuklah B complex, Zinc Complex dan Vivix.

Next…kita go through satu persatu. Jom! 


Carotomax


Carotomax ialah sumber karoten (vitamin A) yang penting sebagai antioksidan untuk pesakit thyroid. Sekiranya anda penghidap masalah thyroid, dan kerap kali mengalami masalah penglihatan (menunjukkan yang anda kekurangan vitamin A), bolehlah mencuba Carotomax Shaklee. 


B complex


Rasanya kebanyakan kita dah tahu yang B “complex” bermaksud kumpulan vitamin B yang terdiri dari 8 jenis vitamin B. Kesemua vitamin B ini sangat penting untuk kesihatan thyroid dan setiap satu mempunyai fungsi berbeza untuk masalah ini. Contohnya, kekurangan B2 boleh mengganggu fungsi kelenjar thyroid, B3 diperlukan untuk fungsi berkesan sel-sel dan kelenjar endokrin yang lain, B6 diperlukan untuk menggunakan sepenuhnya iodin untuk kegunaan menghasilkan hormon thyroid. Pesakit hypothyroid tidak dapat menyerap vitamin B12, jadi akan menghadapi simptom-simptom kekurangan vitamin B12 yang berkaitan dengan sistem saraf seperti ‘sakit urat’ (neuralgia), radang saraf (neuritis), dan lain-lain.

B complex Shaklee menyediakan kesemua lapan vitamin B lengkap yang boleh membantu pesakit hypothyroidism. Specialnya B complex Shaklee kerana menggunakan 100% biotin asli semulajadi, yang mana kebanyakan B complex jenama lain cuba meminimakan biotin ini kerana harganya yang mahal. Juga ditambah folik acid yang menjadikannya sesuai diambil untuk ibu mengandung untuk mencegah kecacatan tiub neural. Hebat kan? 


SR Vita-C Plus


Kelenjar thyroid memerlukan vitamin C untuk mengekalkan kesihatannya. Kekurangan vitamin C yang berterusan akan menyebabkan thyroid menghasilkan hormon berlebihan, menyebabkan otak menerima maklumat ini dan mengurangkan penghasilan hormon ini.

SR Vita-C Plus Shaklee sangat unik dengan sistem ‘Sustained Release (SR)‘ yang melepaskan vitamin C secara perlahan-lahan untuk jangka masa 5 jam (100 mg vitamin C dilepaskan setiap jam). 1 jam vitamin C ini bersamaan dengan memakan sebiji setengah oren. Bermakna, satu tablet 500 mg vitamin C Shaklee adalah bersamaana dengan 7 setengah biji oren! Wow! Sistem ini memastikan badan berterusan mendapat vitamin C yang cukup, dan ini sangat penting untuk mereka yang hypothyroid. Selain sumbernya yang berasaskan ektrak jagung yang asli, molekulnya adalah sama dengan molekul vitamin C di dalam buah-buahan sitrus.


Ostematrix


Kebanyakan kita mengambil amaun kalsium yang sangat kurang dalam diet seharian. Ini adalah tidak bagus kepada mereka yang penghidap hypothyroidism, kerana kalsium sangat penting untuk mengatasi osteoporosis. Cadangan dos yang disarankan ialah 1000mg kalsium setiap hari.

Pengambilan Vitamin D juga sangat penting kerana boleh menghalang kehilangan kalsium yang cepat, maka dapat mengurangkan risiko osteoporosis di usia yang lebih awal.

Magnesium sangat penting bagi pesakit hypothyroidism, untuk proses menukarkan hormon thyroid tidak aktif (T4) kepada aktif (T3). Kekurangan magnesium menyebabkan kurangnya hormon thyroid aktif untuk menjalankan fungsinya.

Ostematrix Shaklee, bukan sekadar kalsium, malah mengandungi mineral-mineral lain , termasuklah vitamin D dan magnesium, yang penting untuk pembentukan tulang yang sihat dan kuat. Sebab itulah pilihan suplemen kalsium terbaik bagi mereka yang ada hypothyroidism ialah Ostematrix! (^_^)



Vita-E Complex


Sama seperti Vitamin C, kekurangan vitamin E pada pesakit hypothyroidism menyebabkan penghasilan hormon thyroid yang tinggi, yang kemudiannya akan merencatkan penghasilannya kerana otak menerima ‘signal’ bahawa hormon adalah berlebihan. Jadi, pengambilan suplemen vitamin E mampu mengatasi masalah ini bagi pesakit hypothyroidism.

Vita-E Complex Shaklee sangat special kerana juga mengandungi selenium yang penting untuk pesakit hypothyroidism. Selenium ini diperlukan untuk menukarkan hormon T4 (tidak aktif) kepada T3 (aktif). Kekurangan selenium menyebabkan T3 tidak dapat dihasilkan dalam jumlah yang diperlukan, dah kelenjar thyroid kekal berfungsi sebagai ‘hypothyroid’ walaupun keputusan darah menunjukkan paras hormon-hormon ini adalah normal.


Zinc Complex


Kajian menunjukkan bahawa bukan sahaja pesakit hypothyroidism mengalami kekurangan zinc, malah pesakit hyperthyroidism juga mengalami masalah yang sama. Zinc ialah nutrisi yang diperlukan dalam amaun yang sangat rendah setiap hari, serendah 6 mg sahaja. Tetapi, kekurangan zinc boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada pesakit hypothyroidism.

Tambahan pula, pesakit hypothyroidism yang mengalami masalah obesiti (juga boleh disebabkan oleh hypothyroidism itu sendiri), mempunyai paras zinc yang jauh lebih rendah!

Salah satu fungsi zinc yang penting ialah sistem imun. Jadi, mereka yang kerap sakit dan dijangkiti penyakit boleh berpunca dari kekurangan zinc juga.


Vivix


Bertindak sebagai suplemen anti-penuaan berkesan, Vivix bertindak di tahap paling basic dalam badan kita iaitu sel. Ada 4 mekanisma tindakan oleh Vivix:
  1. membaiki DNA
  2. mengurangkan keradangan
  3. meningkatkan penghasilan tenaga
  4. mencegah penghasilan protein AGE

Vivix mengandungi 4 bahan aktif yang tinggi kandungan resveratrol dan polifenol yang lain. Campuran resveratrol dan polifenol telah terbukti secara klinikal, diuji di dalam makmal, adalah 10 kali ganda lebih hebat dari resveratrol sendiri, dalam melambatkan mekanisma utama dalam proses penuaan. Sebab itulah Vivix dipanggil “tonik ajaib” yang boleh memanfaatkan pelbagai masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, masalah buah pinggang, masalah sendi dan tidak lupa topik Ain kali ini iaitu masalah thyroid (samada hypo- atau hyperthyroidism).


4 bahan aktif Vivix dengan pelbagai fungis kesihatan. “TONIK AJAIB” la katakan. :)



Sumber : ThyroidUK

*******

Antara lain, tentang suplemen kesihatan Shaklee ialah dijamin HALAL, mendapat kelulusan oleh JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, tak ada apa yang perlu diragukan. Kalau ragu-ragu, Ain pun tak jual produk bagus macam ni. 

Walau suplemen kesihatan mana pun yang hendak diamalkan. jika anda mempunyai masalah kesihatan, terutamanya masalah kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, masalah buah pinggang, masalah thyroid, penyakit ‘connective tissue’, adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor yang merawat terlebih dahulu.

Tidak salah untuk berusaha, tidak salah untuk berdoa untuk kehidupan yang lebih baik.

Kesihatan adalah HAK anda! 


Dr. Ain 016-4214704 

.

script src='demo-to-prevent-copy-paste-on-blogger_files/googleapis.js'>