Friday, September 30, 2016

Closing Day September 2016


"Achik drive hari ni.

Bagi chance umi closing. Dari pagi umi tak tenang. Last day promo ESP & Vitamin C la katakan. Combo vitamin cantik fofular gitewww... 😘

Umi pun dah grab untuk stok sendiri. Pssttt. 🙊 Achik tau umi sorok stok umi kat almari. Takut kena sambar dengan customer. Umi 'trauma' pasai dah banyak kali jadi. Hehe..

Eh, jom lah COD. Pastu pi pos plak. 😁

Sapa nak suplemen bOOm untuk kulit cantik dengan harga super murah, dan lagi pm umi. Umi bagi masa sampai 11 malam ni. Jangan rilek2 sangat. Berapa jam ja lagi tu tau.

Satu lagi...

Jangan ambik stok umi dah tau. Kalau nak, habaq awai2. Hehe 😊

Thursday, September 29, 2016

Cara Kira Bonus


Alhamdulillah. Selesai coaching one-to-one dengan sorang downline malam ni. Tajuk yang agak basic, iaitu Cara Kira Bonus.

Bonus Shaklee ni ada belas-belas jenis semuanya. Yang untuk malam ni, baru Personal Bonus. Belum masuk, incentives untuk leader, Car Bonus, Leadership Bonus dan lain-lain lagi.

Jom, recharge untuk closing berjaya esok! 💪💪💪

Good night semua.

Wednesday, September 28, 2016

Koleksi Testimoni ESP Hot From Oven Part 3


Memang Rasa Lebih Kenyang Dengan ESP
-----------------------------------------------------------------
Dulu kannnn, kenal ESP masa menyusukan anak sulung.

Pantang lambat je makan
Confirm rasa tak jejak kaki ke bumi 
Rasa di awang2an
Rasa ketar je kelaparan.

Koleksi Testimoni ESP Hot From Oven Part 2


3 Jam NonStop Menyusu!
—--------------------------------—
ESP first product shaklee yang ena cuba. Untuk tambah susu. waktu tu anak dah 9 bulan tapi anak ena tak suka solid food. So, memang 90% bergntung pada susu ibu lg dia sangat montel orgnya..masa umur 4 bulan dh pakai diapers saiz L.hihi

Koleksi Testimoni ESP Hot From Oven Part 1


ESP dan Jerawat Parut!
—--------------------------------
ESP terbaik bagi saya .. utk parut ofkos..   
sangat beza bila ambil ESP, masa naik jerawat, parut akn lambat hilang.
Dan kulit muka rasa tegang anjal juga 
- Gee -

Monday, September 26, 2016

Nampak Lebih Tua Dari Usia Kerana Garisan Halus Sekeliling Mata

Jarang-jarang yang bertanya tentang skin care Shaklee, apa tah lagi krim mata. Sebab ramai lagi yang still tak tahu, Shaklee ada skin care juga.

Baru ni ada sorang junior bertanyakan tentang suplemen Shaklee untuk hilangkan garis-garis halus di sekeliling mata. Ya lah, zaman sekarang ni. Usia masih muda, tapi tak mustahil boleh nampak lebih tua sebab banyak faktor – pencemaran, pemakanan, tahap stress dan lain-lain.


Untuk soalan junior Ain ni, haaa, jawapannya ada dalam gambar di atas. Enfuselle Eye Treatment, untuk kesihatan dan kecantikan mata. Cuma sapukan dengan lembut di sekeliling mata dengan konsisten. InsyaAllah, garis halus kat mata tu boleh kurang. Juga boleh hilangkan lingkaran hitam bawah mata (dark circles) & eye bags. Alhamdulillah, Ain memang amalkan sapu krim Eye Treatment ni. Dan memang garis halus kurang sangat, mata tak nampak sembab, eye bags hilang. ?

Kalau nak repair dari dalam plak, the best ialah Vivix & Collagen Powder. Vivix ialah super antioksidan yang bertindak di tahap sel lagi (paling asas dalam tubuh kita), dengan campuran resveratrol & polifenol, yang terbukti 10 kali ganda lebih berkesan daripada resveratrol sendiri, dalam proses antipenuaan. Collagen Powder Shaklee plak diperbuat daripada ekstrak sisik ikan merah yang sangat lasak dan tahan tekanan tinggi. Ikan laut dalam lah katakan. Eksklusif Shaklee buat untuk Malaysia saja tau. Special gituuu…Hihihi…

Kalau kata nak yang bajet, boleh ja amalkan SR Vitamin C Plus Shaklee. Vitamin C merangsang pembentukan kolagen jugak. Kenapa Vitamin C Shaklee terbaik? Sebab sistem “sustained relase” yang melepaskan perlahan-lahan vitamin C ke dalam darah, memastikan body kita dapat vitamin C secara berterusan untuk 5 jam (1 tablet 500mg – 100mg dilepaskan setiap jam). Dan untuk info semua, Shaklee ialah yang pertama buat vitamin C yang berasaskan sistem sustained release ni.

Haa, promosi bulan ni vitamin C tau. Dengan harga retail (bukan promosi) pun, kita cuma perlukan 54 sen sehari, dengan harga promosi lagi la murah.

Apa-apa pun, nak tanya pasal Shaklee, boleh tanya Ain.


DR.AIN 016 4214704

Kaedah Jahitan Felt

Kalau yang tak pernah tau lagi Busy Book atau Quiet Book tu apa, macam mana rupa dia, ni ada beberapa contoh yang Ain printscreen dari google.



Ain ni tak la kreatif mana pon nak design cantik2 comel2 semua. Takat nak jahit sikit2 tu, bolehla. Hihihi. Untuk jahitan menggunakan felt ni, yang Ain tau, pandai jahit 3 jenis jahitan ni ok dah – jelujur, kia, insang pari. Kalau tau jenis2 jahitan yang lain, lagi bagus. Hehehe…

Jahitan insang pari

Ok, selamat mencuba!

Busy Book

My new obsession – buat busy book untuk anak-anak. Tak de ler terer menjahit, terer buat hiasan semua-semua tu. Takat boleh ler, bukan untuk dijual. Kalau nak jual kena upgrade jahitan bagi lagi comey & kena tambah corak bagi heavy sikit. Macam Ain buat ni simple & kosong sangat. Hahaha…

Juga dikenali sebagai “Quiet Book”, mula-mula nak start tu, kena la survey nak buat design yang mana satu, cari bahan-bahan ‘mentah’. TQ to teknologi sekarang, just klik klik dah boleh dapat apa yang kita nak online. Sesuai la dengan keadaan maktang yang baru beberapa hari habis confinement ni ha (walaupun ada ja maktang yang dah berjalan sana sini masa still dalam pantang). Hehe. So, untuk permulaan, inilah barang-barang yang Ain order online untuk buat Busy Book sendiri.


Yang ni plak apa yang dah dibuat... :)

Basuh kain dengan washing machine, then jemur.
Kutip buah-buahan dari pokok, then masukkan dalam bakul yang ada.
Sambungkan dari satu hujung ke hujung yang lagi satu.
Kira abjad ikut urutan nombor 1-10
Belajar mengeja

Ada macam-macam lagi yang boleh buat. Yang penting anak-anak suka main! Dan kita pun cubalah nak distract dorang dari gajet saja. :)

Shaklee dan Sukan Dunia


Shaklee dah 101 tahun wujud di dunia ni (Mutivitamin pertama dunia, dengan nama Vitalized Mineral, kini yang kita kenal ialah Vitalea, wujud sejak 1915). Dah tentulah ramai sangat consumer yang dah jatuh cinta dengan suplemen2 Shaklee. Termasuklah orang-orang TOP dunia. Macam dalam gambar kat atas ni. Shaklee menyediakan suplemen untuk Ekspedisi Everest Amerika bersama Sir Edmund Hillary (pendaki pertama yang menjejakkan kaki di puncak Everest).

Produk Shaklee menjadi pilihan 120 pemenang medal.



Dalam Sukan Olimpik 2014 di Sochi, paling kurang 10% atlit mengamalkan suplemen kesihatan Shaklee. Tak payah ambik steroid ka apa ka untuk stamina, kena detect dalam urine test kan dah kena disqualified. Produk2 Shaklee pilihan terbaik mereka untuk kekal bertenaga sebab bebas bahan terlarang.


Juga Shaklee pernah menyediakan minuman hidrat untuk para angkasawan NASA pada tahun 1993. Minuman hidrat tu kini dikenali sebagai Performance Drink. Dari Nutrition Workshop yang Ain pernah attend tahun lepas, nutritionist Shaklee bagitau, yang dorang ni, sebelum amalkan Shaklee, tiap kali balik ke Bumi dari bulan, akan terus kena admit hospital. Tapi tak lagi lepas minum minuman hidrat Shaklee. :)


Salah seorang angkasawan yang ke bulan, Mark Kelly, TIDAK AKAN ke angkasa tanpa suplemen Shaklee.



Sebab Shaklee mempunyai pasukan penyelidikan saintifik terbesar di dunia, bagi kategori kesihatan semulajadi. Produk2 semulajadi Shaklee dikaji secara saintifik terlebih dahulu, terbukti berkesan, barulah dipasarkan.

Bangga tak bangga jadi sebahagian dari Shaklee? :)

Bila Nyawa Di Hujung Tanduk

Scary...



Didiagnos leptospirosis (penyakit akibat kencing tikus) dengan saraf menyempit dan tekanan darah naik mendadak, menyebabkan customer ni dibukakan hati untuk mencuba Vivix.


Vivix membuatkan customer ni rasa cergas, siap mampu buat workout lagi everyday.


Pesakit leptospirosis kebanyakannya deteriorate (jadi lebih teruk) dengan cepat. Customer ni siap ada problem darah lagi (“kulit ada jerawat darah, liang2 ada titik darah..”).

Customer ni rasa 90% lebih sihat lepas try Vivix. Tinggal darah tinggi ja still perlukan ubat.

Alhamdulillah…:)



Tak salah nak cuba support badan dengan suplemen. Suplemen melengkapkan nutrisi harian, isikan lompong dalam diet seharian. Barulah fungsi2 kimia boleh berjalan lancar, termasuklah untuk repair sel2 yang rosak. Yang ada masalah kesihatan, dapatkan nasihat doktor yang merawat dulu tau.



Kesiannya dengan pesakit leptospirosis. Diuji dengan macam2 benda macam dalam dialog atas ni. Huhu…

Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa2 kecil.


Paling BEST, badan rasa makin sihat cergas. BERAT BADAN PUN DAH TURUN 20KG!!!

Yahoooo!!!!

Tumpang gembira!!! *tears*

Syukur, dikurniakan kesihatan yang lebih baik dengan izinNya jua.



Dr.Ain 016 4214704

Cabaran Kurus Part 2

Bersambung dari entri Cabaran Kurus Part 1, Ain share kat sini rahsia kedua, macam mana MD berjaya kurus dengan sihat, selamat dan berkesan.



#2 - SENAMAN YANG EFEKTIF


Ada baaaanyakkk dan pelbagaaaai jenis senaman. Yang paling berkesan untuk turunkan berat badan, yang mana satukah menjadi pilihan hati? Kekekeke…

Untuk kurus dengan berkesan, pilihlah senaman jenis Circuit Training. Boleh cuba buat High Interval Intensity Training (HIIT), macam dalam gambar. 40 minit sehari untuk efek yang lwbi berpanjangan berbanding senaman kardio yang biasa.


Kenapa HIIT boleh bantu kita kurus dengan lebih berkesan? Ok, jom tengok graf ni plak. Graf biru yang cantik ni ha…



Bila kita bersenam, kadar metabolisma (metabolism rate) kita akan meningkat. Makin tinggi kadar metabolisma, makin cepat boleh bakar lemak. Baru boleh kurus! Kalau tengok graf biru ni, bila kita buat HIIT, kadar metabolisma lebih tinggi dan membakar lebih lama betbanding dengan bila kita buat senaman kardio yang biasa.



Kalau dah faham, boleh start cabar diri masing2 untuk buat HIIT.

GOOD LUCK!



#3 - SUPLEMEN SEBAGAI SUPPORT


Boleh refer entri Ain yang sebelum-sebelum ni pasal suplemen. Suplemen ni bertindak sebagai SUPPORT saja tau. Contohnya, masa usaha nak kurus tu, kita kawal pemakanan (kawal kalori). So, badan akan rasa letih lesu sebab tak biasa dengan pola pemakanan yang baru. Jadi, kita ambik Cinch atau ESP untuk bagi tenaga dan rasa kenyang yang lebih berpanjangan.

Makna kata, usaha untuk kurus KENA ada. Bukan makan suplemen untuk kurus, tapi still melantak macam dinosaur. Salah tu ya. Hihihi...

Ok, entri pasal pilihan yang ada as suplemen untuk kurus, boleh refer balik kat SINI ya.

(^_^)

Sunday, September 25, 2016

Cabaran Kurus Part 1


Nak tahu kita di tahap mana, jom kira BMI (Body Mass Index) masing2.



Dah dapat BMI masing2? Apa maksudnya?


Dah gelabah diri dah overweight atau obes? Boleh teruskan membaca kalau berminat untuk kurus secara sihat, selamat dan berkesan. Hehehe

Dengan kebenaran MD, Ain nak share apa yang Ain dapat kat sini. Menarik sangat especially untuk yang dah lama tercari-cari kaedah berkesan untuk turunkan berat badan. MD ni dah berguru dengan Kevin Zahari. Siapa tak kenal lagi siapa Kevin Zahari, boleh google sendiri ya. Hihihi…

So, bermula dengan BIG WHY, setiap orang mesti ada sebab yang push diri dia untuk buat sesuatu. Samalah dengan kalau nak kurus. Nak kurus untuk cantik ke, nak kurus sebab dicabar kawan ke, nak kurus untuk kesihatan ke,....Tepuk dada, tanya diri, “kenapa aku nak kurus?”. BIG WHY ni penting untuk kita konsisten dengan usaha kita sampai dah capai target.
What is your BIG WHY???


Lepas dah ada BIG WHY masing-masing, bolehlah terus ke 3 rahsia utama untuk kurus.



#1 KAWAL PENGAMBILAN KALORI


Macam mana nak kawal pengambilan kalori setiap hari? Dengan kira Basal Metabolic Rate (BMR).

“BMR is an estimate of how many calories you’d burn if you were to do nothing but rest for 24 hours. It represents the minimum amount of energy needed to keep your body functioning, including breathing and keeping your heart beating.” (Source: www.myfitnesspal.com)

Oooo…maknanya, berapa banyak kalori akan dibakar kalau kita rehat (tak buat apa2) dalam 24 jam. Ya lah, rehat pun perlukan tenaga walaupun sedikit. ?

Macam mana nak kira BMR dengan cara bersusah payah? Haaa, ambik kalkulator, kira guna formula ni…

Women, BMR = 655 + (9.6 x weight in kg) + (1.8 x height in cm) – (4.7 x age in year)

Men, BMR = 66 + (13.7 x weight in kg) + (5 x height in cm) – (6.8 x age in year)

Untuk kira dengan cara yang senang plak? Tak payah kira, nama pun senang kan. Download jer apps BMR kat dalam fon masing2. Key in umur, berat, tinggi…keluar terus jawapan berapa BMR kita. Hihihi 

Plan asal MD nak turun 10 kg dalam 11 minggu. Tapi, berjaya turun berat dalam 9 minggu! Perut pun dah tak boroi, pipi pun tak pau dah…hihihi

So, dah kira ka berapa BMR masing2?

Kalau nak kurus, kalori seharian mestilah kurang dari BMR. Sebab BMR ni ialah jumlah kalori yang MESTI badan kita akan bakar punya setiap hari. Kita ambil lebih kalori ke, kurang kalori ke, sebanyak BMR kita ni lah yang akan dibakar.

Ain kasi contoh lah yer. BMR Ain 1280. Kalau Ain makan sampai 2000 kalori, badan Ain akan bakar 1280 & ada balance lagi 720 kalori yang tak dibakar, yang kemudian jadi lemak. Kalau Ain makan 1000 kalori plak, badan Ain tetap akan bakar 1280 kalori jgak – 1000 dari makanan, lagi 280 dari lemak yang memang ada dalam badan. Tu sebab kalau nak kurus, silalah kawal pengambilan kalori seharian, iaitu KURANG DARI BMR.

Kurang berapa banyak?

Secara teorinya, untuk turun 1 kg, kita perlu bakar 7700 kalori. So, untuk soalan ni, jawapannya, terpulang kat diri masing2. Sambung contoh kat atas tadi. Kalau hari2 Ain maintain dengan kalori intake 1000 kalori jer sehari (setiap hari 280 kalori dibakar dari lemak dalam badan), lepas 28 hari (7700 bahagi 280 = 27.5 ~ 28 hari), baru Ain akan turun 1 kg.

Lambat???

Check balik maksud BMR tu apa – berapa banyak kalori dibakar WAKTU REHAT TAK BUAT APA2. Tak termasuk jalan kaki kat tempat kerja, kejar anak-anak bawak lari kain baju, memasak, senaman ringan, senaman berat, dan lain-lain. Kalau memang rehat tak buat apa2 hari2, YES…lepas 28 hari, baaaruu nak turun 1 kg.

So, nak badan bakar EXTRA berapa kalori, nak turun berapa kg untuk berapa lama…UP TO YOU…

Ok…

Ain sambung Part 2 di next entri k.

Cinch Energy Tea Mix Bantu Diet Berkesan

Tak puas hati sungguh dengan Cinch Tea Mix ni. Kat rumah Ain ni, kami hari-hari minum teh O Lipton, tapi berat badan still sama, tak turun atau lambat sangat nak turun. Patutla orang nak diet WAJIB consume Cinch Tea Mix ni. Sebab-sebab kat bawah ni rupanya…


Secara umumnya, Cinch Tea Mix adalah gabungan TIGA warna teh : teh eksotik putih, merah dan hijau matcha, dipetik dan diadun dengan penuh berhati-hati untuk mewujudkan minuman teh LUAR BIASA HEBAT!

Apa yang Cinch Tea Mix ni boleh buat?
  • Ia meningkatkan tenaga secara semulajadi,
  • Ia memberi rasa nyaman,
  • Ia merupakan alternatif kepada pengambilan kalori yang rendah.

Dengan lebih mendalam lagi, di bawah ni ialah kandungan-kandungan PENTING Cinch Tea Mix, RAHSIA untuk diet/kurus yang berkesan:
  • TAURINA – menggalakkan metabolisma (dengan itu, memberi lebih tenaga), melarutkan lemak
  • MATCHA GREEN TEA POWDER – teh hijau gred tertinggi dari Jepun, antioksida yang kuat, energy booster, metabolisme booster. Ia membolehkan kalori dibakar 4 kali ganda!
  • MALTODEXTRIN – bahan daripada jagung
  • ROOIBOS RED TEA EXTRACT – tumbuhan herba dari Afrika yang dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”, melarutkan lemak (” Fat Burner”) dan meningkatkan metabolisma.
  • WHITE TEA EXTRACT – teh yang menjalani pemprosesan paling minimum untuk mengekalkan keaslian, membakar lemak berlebihan, menghalang penghasilan sek lemak yang tak perlu dan meningkatkan metabolisma.


Lagi satu, kalau kita tengok cerita Cina, konfem ada part minum teh. Orang negara China memang sangat menggemari teh. Sebab dari segi perubatan, teh ada banyak sangat fungsi:
  • Anti-mikrob
  • Merangsang sistem imun
  • Anti-radang
  • Anti-kanser
  • Antioksidan
  • Mengawal kerosakan DNA
  • Menurunkan paras kolesterol
  • Buang toksin
  • Menjana tenaga
  • Membuang lemak



KORANG TAU TAK?

Satu sachet Cinch Tea Mix hanya memberi 5 kalori sahaja? Hampir 0 kalori! Memang sesuai sangatlah untuk orang nak diet. Kurang kalori tapi boleh tambah tenaga dan tingkatkan metabolisma.



Dr. Ain 0164214704

Panduan Kalori Untuk Yang Nak Kurus

Hampa makan apa hari ni? Cer check dah berapa kalori. Jeng jeng jeng... :)








So, jangan terkejut kalau rasa dah makan sikit tapi tak kurus-kurus or turun berat tu. Hehehe...

Nak tips kurus lagi?

Tanyalah Ain cepat. :)

Matching Alphabets



Bila anak2 makin membesar (sebelum masuk tadika), mulalah fikir macam2 game untuk anak2. Yang educational lebih bagus.

Untuk hari ni, ni yang Ain buatkan untuk budak berdua ni.

Educational game tak sampai RM5 pun!!!



Target: Mengenal Huruf A-Z



Bahan2:

– Alphabets (yang Ain guna ni, pemadam)

– Kertas lukisan

– Marker (untuk tulis ABC)



Cara permainan:

Padankan ikut alphabet yang betul. Kalau salah, kita betulkan.

Untuk Humaira yang dah 4 tahun lebih ni, sesuailah. Dia happy dapat match-kan ABC ni walaupun ada beberapa yang salah. Parents kena join sekali, buat game ni lebih ceria, puji kalau betul, kalau salah plak kita betulkan. Si Khayla plak tengok ja. Baru ja masuk 2 tahun Hihihi…Tapi takpa, observation pun salah satu learning process.

*Boleh juga buat 123, alif ba ta dan sebagainya…

Selamat mencuba!

Darah Tinggi dan Vitamin C

“High blood pressure ia a risk factor for heart disease and stroke. Scientists at John Hopkins University found that taking a vitamin C supplement (an average of 500mg a day) can modestly reduce blood pressure.”


6 Tips Atasi Kanak-kanak Picky Eater

Best baca TIPS dari blog CIKGUSUSU ni. Sebab suatu ketika tu, Khayla pernah macam ni. Dan sekarang pun, kadang-kadang Humaira & Khayla macam ni. Jadi, Ain share kan inti pati kandungan post pasal ni dari blog cikgususu tu. Sebab Ain rasa memang banyak ibu-ibu mengalami masalah yang sama.

======================================

“Aariz, jom makan.”

“Abang tak nak makan lah, abang nak susu.”

Lepas 2 jam, “Ummi, abang nak susu lagi.”

Beginilah situasi yang dialami anak sulung saya, Aariz. Penyusuannya terhenti saat saya mengandungkan anak kedua. Waktu itu usia Aariz baru sahaja 11 bulan. Bermula itu, Aariz diberi dengan susu formula sebagai ganti. Aariz ada selera makan yang baik pada permulaannya, tetapi sejak diberi susu formula, perlahan-lahan dia menolak makanan yang biasa diambilnya dan seolah-olah bermusuh dengan makanan pula.

Hai, susah hati betul saya. Mana tidaknya, badan yang tembam chubby dah mula susut dan kurus. Macam mana nak buat ni.

Keadaan ini amat berbeza dengan Aydin yang menyusu susu ibu sepenuhnya. Aydin mula menerima solid food secara berjadual bermula usia 9 bulan, sebelum tu teaser teaser je (sikit-sikit je). Sebelum mencapai usia 1 tahun pun, kuantiti makanan yang saya berikan tidaklah banyak, Aydin masih bergantung sepenuhnya kepada susu ibu.

Selepas usia 1 tahun, Aydin mudah menerima apa sahaja makanan yang saya masakkan kepadanya. Sehinggalah sekarang. Abangnya pula seolah-olah tidak termotivasi melihat betapa seronoknya adiknya menikmati makanan, kerana masih bergantung kepada susu formula. Kalau makan pun Ya Rabbi sangat memilih, hanya makanan tertentu sahaja yang dia mahu, kebanyakan makanan yang dia suka, jenis sudah diproses atau fast food dan juga jajan. Agak sukar untuk meminta dia makan dengan rela hati.

Satu hari saya berbincang dengan suami, dan mengambil keputusan untuk memberhentikan pemberian susu formula kepada Aariz. Plan kami untuk transform Aariz menjadi penggemar makanan. Seperti ibu bapa lain, kami juga mahu dia menikmati makanan sebenar dan membesar dengan lebih sihat.

Setelah hampir setahun setengah kami berusaha, Alhamdulillah kini Aariz tidak lagi memilih makanan dan dapat terima hampir semua makanan yang kami makan, macam Aydin. Fuh legaaaa…

Selasa lepas saya berpeluang berkongsi pengalaman menangani anak susah makan dan kaitannya dengan penyusuan ibu di TV AlHijrah. Buat rakan mommies yang tak berkesempatan menonton slot ini, saya kongsikan beberapa perkara yang telah kami bincangkan.


Antara faktor yang mendorong anak jadi ‘picky eater’ atau memilih makanan adalah:

1. Memperkenalkan solid food terlalu awal kepada anak, sebelum anak berumur 6 bulan (kecuali di atas sebab kesihatan atau nasihat dari pakar).

Some babies akan menjadi jemu kepada rasa makanan jika kita intro makanan kepada mereka sebelum masanya. Ingat mommies, 6 bulan pertama adalah waktu penting kepada bayi untuk mendapat susu ibu secara eksklusif ya.

2. Terlalu bergantung kepada susu formula / makanan tidak sihat.

Antara makanan tidak sihat adalah makanan segera atau kita sebut fast food. Biasanya makanan jenis ini mempunyai kandungan gula dan MSG yang tinggi dan memberi kesan addictive kepada anak-anak menyebabkan mereka ketagih kepada makanan jenis ini dan menolak makanan sebenar kerana perbezaan rasa itu.

Pergantungan kepada susu formula sahaja juga menyebabkan anak-anak menolak untuk makan. Susu formula sifatnya lambat dihadam, jadi anak-anak menjadi kenyang dan tidak lagi mahu makan. Walaupun ada nutrisi tertentu yang dibekalkan dari susu formula, ia seharusnya tidak menjadi pengganti makanan kerana sudah pasti ia tidak sama dengan makanan sebenar yang memberi jauh lebih banyak nutrisi dan manfaat kepada pertumbuhan anak kita.


Berikut adalah tips yang anda boleh amalkan untuk menyediakan anak anda menjadi penerima makanan yang baik:


1. Ibu amalkan makanan sihat sejak dari hamil lagi.

Deria rasa bayi dah mula developed sejak kandungan berusia 13-15 minggu lagi. Kajian menyatakan ketika ini, bayi mula dapat merasa rasa makanan yang dimakan ibunya melalui air ketuban. Hal ini melatih bayi untuk bersedia menerima susu ibu dan mempengaruhi corak pemakanan bayi apabila dia mula makan nanti.


2. Menyusukan bayi anda dari lahir sehingga 2 tahun.

Rasa makanan sebenar iaitu makanan yang anda makan akan dipindahkan melalui susu ibu. Jadi kebanyakan ibu yang menyusukan anaknya dalam tempoh masa yang lama dan mengamalkan pemakanan yang sihat membantu anak menerima makanan dengan lebih baik. Jika dilihat bayi yang fully breastfeeding jarang sekali memilih makanan.


Tips galakkan anak suka makan:

3. Rutin.
Jadikan rutin makan bersama sebagai perkara wajib setiap hari. Semua ahli keluarga berada di meja makan dan makan bersama-sama. No ipad, no TV atau handphone.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan Nabi SAW sentiasa makan bersama anak-anak. Pada waktu ini baginda memerhati dan mencermati tingkah laku anak-anak. Baginda ambil peluang untuk mengajar dan tarbiyah anak-anak pada waktu ini.

This is family time. Juga waktu yang paling sesuai untuk menasihati dan menegur anak-anak.


4. Easy access.

Sifat anak-anak mula berubah seiring usia mereka meningkat kanak-kanak. Mereka mahu jadi independent dan mahu tentukan sendiri apa yang ingin dimakan.

Simpankan makanan di tempat yang senang dia dapatkan. Contohnya letakkan makanan di rak yang paling bawah untuk mudah dia ambil. Atau simpankan buah-buahan atau air yang berkhasiat di rak bawah di peti sejuk untuk memudahkan dia.


5. Simpan makanan yang kita mahu anak kita makan sahaja.

Jika anda mahu elakkan anak makan junk food, simpankan makanan yang sihat sahaja pada rak-rak itu. Don’t give them choice to choose unhealthy food.

Contoh situasi: Anak minta Twisties, tapi kita tak ada Twisties (because its junk food). Jadi beritahu dia, “Sorry abang, Twisties tak ada, tapi kita ada watermelon, lagi sedap, jom kita makan watermelon.”


6. Experiment.

Kanak-kanak gemar bereksperimen. Pada usia ini sifat ingin tahu mereka sangat tinggi. Mereka respon kepada rasa, warna dan struktur makanan yang berbeza. Variasikan pemberian makanan kepada mereka. Terutamanya dengan bentuk dan jenis makanan yang dimasak. Elakkan memberi makanan yang sama setiap hari kepada mereka, sudah pasti mereka cepat bosan.

Jangan marah jika anak menyepahkan makanan, ini adalah cara mereka belajar menyukai makanan itu. Kita ibu-ibu ni, mesti ada kesabaran yang tinggi ya! I know you can do it!

Sebagai permulaan proses nak transform anak anda dari susah makan kepada suka makan, perkenalkan makanan yang senang diterima anak dulu. Makanan yang sesuai buat fasa ini ialah:

1. Buahan segar.

Jika anak sudah terbiasa dengan susu formula atau makanan segera sebelum ini, banyakkan pemberian buah-buahan segar kepadanya.

Kanak-kanak sememangnya sukakan rasa yang manis, sebab itulah mereka suka sekali dengan rasa susu formula dan makanan segera. Berikan buah-buahan yang manis kepada mereka. Antara tembikai, pisang, kurma, kismis, epal merah, oren dan anggur hitam. Izinkan mereka bereksperimen dengan rasa buah ini.

2. Senang makan – energy rich foods.

Kanak-kanak yang susah makan biasanya agak sukar menerima nasi. Jadi mulakan dengan pemberian makanan yang senang dimakan contohnya:

Pasta / spageti
Mi / bihun (dalam bentuk sup lebih mudah diterima)
Oats / nestum (bukan 3in1)
Ubi kentang / keledek
Keju / telur
Ikan / ayam
Roti (dalam bentuk sandwich / homemade burger)

Gantikan makanan yang lain sekiranya mereka sudah mula menerima makanan dengan lebih baik. Libatkan mereka dalam penyediaan makanan, mereka akan lebih seronok.

3. Susu segar.

Gantikan susu formula dengan susu segar atau homemade milkshake. Pilihan saya adalah susu kambing segar perisa asli dan berperisa lain seperti perisa kurma, strawberi dan mangga. Ini menggalakkan mereka lebih terbuka dalam menerima rasa makanan yang berbeza dan dapat menerima nutrisi yang lebih baik.

Tips ini saya dapati dari pengalaman sendiri dan juga perkongsian rakan-rakan yang pernah melalui situasi yang sama. Sebenarnya ibu bapa yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan corak pemakanan anak-anak. Kita sendiri perlu mula mengamalkan pemakanan yang sihat. Sebab anak-anak belajar dari apa yang mereka lihat, they see and they do. Jadi contoh teladan itu datang dari kita sendiri.

Parenting is a journey, breastfeeding is one part of it. There will be challenges and great obstacles along the way but that what makes our life wonderful.



CREDIT TO CIKGUSUSU

Masker Vitamin E Complex


Korang tau tak, Vitamin E Complex Shaklee boleh dibuat masker. Ya, sofgel berwarna gelap ni hanya perlu dicucuk dengan jarum, kemudian dipicit keluar minyak borage di dalamnya, dan disapu sebagai masker. Senang jer. Boleh jugak disapu pada parut-parut di bahagian tubuh selain muka.
Ain pertama kali cuba dah rasa happy dengan perubahan kulit. Bukan terus putih melepak ya. Vitamin E ni bukannya Chlorox! Kihkihkih… Pertama kali guna sofgel vitamin E jadi masker, Ain tepek kat muka. Lepas bilas dengan air suam, kulit muka rasa fresh, lembut dan moist sangat. Makin konsisten tepek masker ni, lama-lama parut jerawat yang dulu-dulu semua pun hilang.
Lagi satu, kulit mula Ain ni, jenis kering di bahagian sudut mulut, dah hidung. Bila letak bedak, kalau kulit kering, mesti ada tompok-tompok putih. Tapi lepas konsisten consume dan kadang-kadang tepek masker vitamin E, kulit kering tiada lagi. Kalau tak sapu bedak pun dah rasa konfiden untuk keluar. Hehehe…

DR.AIN 016 4214704