Saturday, December 31, 2016

Daftar Humaira Tadika

Hari ni daftar Humaira untuk tadika 5 tahun di PASTI. Tetiba rasa sebak. Puteri sulungku dah besar! 😂😂😂

Rasa macam baru semalam bersalinkan Humaira. Tengok2 tahun depan dia nak masuk tadika dah. Uhuk.. umi emo lebih ni. Ain rasa mostly mak2 yang lain pun macam tu kan?

Perasaan bercampur baur tau. Risau ada, happy ada, sedih ada, macam2.

Testing uniform tadika. Yang ni saiz S. Muat2. Humaira ni cepat tinggi. So umi pun ambik satu saiz S, satu saiz M.
Tengok tu. Hampa tak rasa sebak ka tengok anak sendiri elok pakai uniform sekolah, nak pi belajaq dah? 😭😭😭

Umi emo bukan apa. Rasa dah tua. Wahaha...

Apa pun, bulan ni promosi Collagen Powder wajib grab. Tinggai 2 jam ja lagi wei...

Thursday, December 29, 2016

Sambut Birthday Ayah

Adui, terlupa plak nak masukkan detik2 sejarah menyambut birthday ayah minggu lepas. Mahapkan anakmu ini ya ayah.

Kali ni, birthday ayah kami celebrate kecil-kecilan ja (tak pernah plak celebrate besar-besaran haha).

Sebab mak baru lepas operate katarak, jadinya, tugas membeli-belah untuk makan2 jatuhlah ke bahu kami sekeluarga. Dan sebab si isteri bekerja sampai ke petang, tugas membeli banyaknya si encik suami la yang kena jalankan. Hihihi... Menantu kesayangan sangat....

Bukan birthday ke 63 tau, tapi baru yang ke-23. Kehkehkeh :P

Ni la kek birthday untuk ayah. Absolute Chocolate from Secret Recipe. Kali ketiga makan kek sedap banget ni. First time masa birthday Humaira, dia mintak 1 slice, kami tumpang makan sesudu. Ya Allah, peminat coklat macam Ain mesti suka yang amat kek ni! Second time plak masa kawan adik datang rumah dibaginya sebijik kat family kami. Haa, makan sampai muntah wahaha.

Sedap tu sedap jgak, padan sungguh dengan harga dia yang RM130 sebijik tu. Encik suami tukang beli tepon beberapa kali tanya, betui ka nak beli kek ni. Dah mak yang request kena la dengaq cakap mak kan. (Lagipun mak yang nak bayaq 🙊).


Haa, atok bergambaq dengan kek birthday & tiga Zara. Tiga Aleeyah tak sampai lagi.


Ni bila dah cukup 'korum'. Tiga Zara & tiga Aleeyah. Cucu-cucu atok opah Penang ni 6 orang semuanya. Semua pun gegerl girl kuasa 6 hokay.

Lupa plak nak mintak atok buat birthday wish supaya lepas ni dapat cucu boboi boy plak. Eh? 😁

"Selamat hari lahir yang ke-63 ayah. Semoga ayah sentiasa dimurahkan rezeki, sihat selalu, sentiasa di bawah lindungan Allah dan diberkati hidup dunia akhirat. Kami semua sayang ayah/atok. Amiiinnn."

Wednesday, December 28, 2016

Istighfar


Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar, dan pada setiap kesempitan ada cara memgatasinya, dan memberikan rezeki kepadanya dari sumber yang tidak disangka2." - Riwayat Abu Daud -

Assalamualaikum dan selamat pagi. 😁

Tuesday, December 27, 2016

Nak Kecilkan Pori Terbuka Wajib Baca Ni

❗THE BEST products give THE BEST results❗

Ini bukan mekap tepek2 nak tutup cacat cela ya. Tapi ini ialah membaiki kulit dari dalam.


Vivix menyihatkan kulit dari 'akar umbi' (membaiki sel - paling asas dalam badan). Sel2 kulit yang sihat menghasilkan kulit yang cantik. Tak mustahil 'lubang' kat muka ni boleh 'terkambus' balik, jadi licin. 😍

Collagen Powder membekalkan 4000mg kolagen sehari, untuk membaiki struktur dalam lapisan kulit. Sehari kita hilang 4000mg kolagen tau! Kalau tak ganti, macam mana la nak elok kulit tu. Kan? 😁

Nak cantik, paling penting, haruslah pilih jalan yang selamat dan sihat. 😊

Dr.Ain 0164214704

Pakai Herbal Blend Tak Tinggal Parut Chicken Pox


Disebabkan "trauma" itu hari Herbal Blend dah out of stock dan tak available around 2-3 minggu macam tu, kali ni ku borong banyak2 "krim ubat nyamuk" ni ha. Wahahaha. Suka, suka, suka!!!!

Kebetulan plak baru dapat feedback dari sorang customer yang kena chicken pox. Biasanya orang kata, biarlah time kecik kena chicken pox, supaya tak lekat parut. Budak-budak kan proses pembahagian sel lebih cepat. Logik ja kalau yang kena chicken pox masa kecik, time dah besar tengok kulit bersih ja. Tapi, kalau budak tu tak cukup zat, parut tu boleh jgak bawak ke besar. Especially jenis yang berlubang-lubang tu. Budak kan tangan 'gatal' sikit kerja nak menggaru saja. Ouucchh!

So, customer ni merangkap "anak" Shaklee Ain jgak. Orangnya adult ya. Ada tiga orang anak dah. Depa semua yang belum kena chicken pox, berjangkit la jawabnya. Nasib baik dia cepat hubungi Ain untuk order Herbal Blend yang time dah 'nyawa2 ikan' di seluruh Malaysia. Stok yang Ain dapat pun 2 tiub sahaja, tu pun dah ber-booking.

Pagi tadi, whatsapp ni la yang Ain dapat:

"Alhamdulillah dah ok chicken pox semua. Memang pakai Herbal Blend tu Alhamdulillah tak tinggal parut. Kak Ina rekemen kat kawan sebab ramai yang kena. Pastu diorang kata stok habis hari tu. Sampai yang tak kena pun nak beli buat stok."


Alhamdulillah, syukur sangat. Siapa laaa yang nak kulit berparut kan? Kalau orang perempuan, tang muka paling 'mahal' sekali, kena jaga elok2. Kalau orang laki pun, ada ka yang suka muka berparut???

Herbal Blend ni, elok sangat sapu kat luka atau rash yang baru start nak jadi ("fresh" wound). Baru tak tinggal parut. Kalau jenis parut dah bertahun2 tu, better lagi repair dari dalam dengan suplemen, macam Vivix, Collagen Powder, ESP, Vitamin E, Vitamin C.

Konsultasi lanjut,

Dr. Ain 016 4214704

Rumah Kedua Kami


Kami di sini lagi...

Hari ni ramai orang. Mood nak closing la katakan. Promo bulan ni untuk si cantik manis. Promo kolagen sisik ikan merah yang molekul ringan sangat, maka sangat cepat diserap, jadinya sangat cepat kesan awet mudanya!

Orang nak kulit cerah, kurang kedut, hilangkan parut, tegangkan kekenduran (kulit dan juga 'aset'), elok sangat grab cepat2 kolagen hot item nih.

Promosi tinggai 5 hari saja lagi.

Ada Apa Dengan N16

N-16

Bunyi dah macam senjata apa ja kan. Padahal gelaran untuk skincare Nutriwhite ja pun.

Cuba kira ada berapa "extract" dalam Nutriwhite dalam gambar ni?


16 kan...

Itulah jawapan, kenapa nama pendek Nutriwhite ialah N16. 

Kat Malaysia ni, most skincare cuma ada 3-5 ramuan semulajadi saja, sebab sangat mahal dek kerana sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. (Info dari nutritionist Shaklee dalam Nutrition Workshop)

Kesemua 16 ramuan semulajadi Nutriwhite ni boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama mengikut fungsi:

untuk mencerahkan kulit
melembap dan melegakan kulit
menyihat dan menegangkan kulit

Ain first time guna 3 tahun dulu, terus jatuh cinta. Setia sampai sekarang.

Best sangat Nutriwhite! 

Monday, December 26, 2016

Pakai Baju Terbalik


Umi : Khayla, dari mandi petang tadi Khayla pakai baju terbalik. Tengok tu, gambar kat belakang. Pakaila baju betul2...

Khayla : Tanak. Khayla nak pakai baju terbalik hari ni.

Umi : Haa? Adoi, ikutla Khayla.

**********

Tengok2 memang dia biar ja baju dia terbalik. Nak tidur baru mintak tolong betulkan.

Orang kata klo pakai baju terbalik luar-dalam nak dapat duit. Yang ni terbalik depan-belakang tak tau la nak dapat apa. Haha

Saturday, December 24, 2016

Bantal Kekabu

Dah lama nak belikan anak2 bantal kekabu ni. Dalam 2 tahun ni, bila lalu ja kedai2 kecik tepi jalan yang ada jual bantal tilam kekabu ni, mesti "berniat" nak beli. "Sat lagi kita singgah". Haa tu ja la ayat kami dua hubby wifey. Sembang ja la kan. Lepas tu dua2 orang pun lupa. Next time tu, lalu lagi, ulang ayat yang sama. Sampailah ke hari dan masa ini, "berjaya" kami belikan bantal kekabu ni sorang satu. Hehehe...


Kalau ikutkan, depa tiga ni berlambak dah bantal kat rumah. Bantal orang bagi la, bantal sendiri la. Tapi yang banyaknya bantal bentuk "pat sagi" macam biasa tu. Masa nak bayaq tu, umi ni pun ternampak la ada bantal bolster jgak.

"Humaira, nak bantal ni ke (merujuk kepada bantal "pat sagi" macam dalam gambar), nak bantal bulat tu (tunjuk bolster)?"

"Nak yang ni (sambil peluk lagi kuat bantal "pat sagi" tu....Ehh, nak bantal bulat tu... Umi, nak dua2 bantal."

Adui...kalau nak beli bolster mesti tiga2 depa nak. Haha...ok...

"Ok walid, cepat bayar. Anak2, jom naik kereta."

Nasib baik semua menurut perintah...

Kihkihkih.... :)

Kenduri

Selamat pengantin baru kepada Ain Suraiya dan suami. Maaf sangat kami tak dapat attend kenduri sebelah pihak perempuan hari tu. Nasib baik masih ada rezeki join rombongan pengantin untuk kenduri hari ni.


Bila dah anak tiga ni, dah tak dan dah nak nengok lauk apa ada. Pasal sorang-sorang nak attention umi walid ni. Sorang nak makan nasik, sorang mintak suap walaupun dah pandai makan sendiri, sorang lagi dah lapor sesangat, kalau lambat sesaat ja suap dah bukak mulut. Hadoiii... :P

Makanya, memang tak wujudlah gambar2 kami di meja makan. Yang ada, dalam kereta ni je ha. Boley la keennn... :)

Softener Nutriwhite Tahan Setahun Lebih

Yeay, dah beli toner botol kedua.

Botol first baru habeh, 'tua' sikit dari Zulaikha sebab guna dari masa pregnantkan dia. Dah SETAHUN LEBIH! Jenuh nak perabih!

Lepas cuci muka dengan cleanser Nutriwhite, keringkan, then sapu toner ni, kulit muka rasa leeemmmbuttt sangat. Namanya pun 'softener' kan.

Jom gi kenduri!


Friday, December 23, 2016

3 COD Malam NIi


First destination - Hospital Seberang Jaya
Second destination - UiTM
Last destination - Taman Siakap

Jom COD! 😁😁😁

Lama Tak Membebel

Ada orang ingat, makan SUPLEMEN macam makan "UBAT AJAIB" (wujud ka? 🤔). Makan hari ni, nak esok terus baik. Lagi melampau, nak dan2 tu jgak elok!

Ui mak, nak cepat aje kan?

Yang kome melantak macam dinosaur, pastu tidoq tak ingat bila matahari bulan keluaq semua, makan tak jaga, ayaq nak bergas saja...

Pastu 'tak rasa kesan', startla kata suplemen ti tak baguih, tak berkesan.

Haha!

Kena paham dulu suplemen tu APA...
MACAM MANA suplemen 'bekerja'...
Pasai pa ada kesan lain2 pada orang lain2...
Bla, bla, bla, .....

Konsultasi pun dapat dari 'orang' yang tak tahu (beli dari Lazada, etc2). Sebab nak 'paling murah' punya asai. Haa, padanlah dengan apa yang hampa dapat tu.

Gambar ihsan Google

Thursday, December 22, 2016

Meal Shakes untuk Anak Cergas

Tak jadi turun ke branch tadi sebab hujan lebat sangat, selebat-lebatnya dalam masa yang singkat. Tak sampai hati nak biarkan anak2 basah kena hujan. Lena plak tu Achik & Khayla.


Nasib baik vitamin2 customer tak urgent. Umi pun patah balik nak balik rumah.

Elok patah balik nak balik rumah, terus hujan berhenti sekelip mata.

Alhamdulillah...
Keluar rumah pun tak basah sangat, dah sampai rumah pun tak basah sangat. 😊

Sampai2 rumah, terus ada customer dari Ig call, nak order Meal Shakes untuk anaknya yang kurang selera nak makan.

Anak2 yang tengah membesar, sepatutnya dapat khasiat yang cukup. Dari karbo, protein, sayur dan buah2an. Kalau makan pun kurang, kuranglah juga khasiat untuk pertumbuhan dan perkembangan depa. Tu yang kerap demam, sangat mudah berjangkit tak sihat dengan budak2 lain.

Kat sinilah perlunya multivitamin yang boleh menampung lompong2 nutrisi harian depa tu. Kalau nutrisi dah dilengkapkan, bolehlah fungsi2 kimia dalam badan lancar. Bolehlah 'bina kubu pertahanan' & 'askar2' yang kuat untuk 'melawan musuh'.

Tak logiklaa kalau minum2 Meal Shakes terus sihat sejahtera seumur hidup. Tapi at least, kita boleh tarik nafas lega bila depa dah kurang kerap demam2, berat badan pun naik skit, & nampak lebih ceria hari2. 😁

Betul kaannn?

Ain pun seorang ibu. Faham sangat. 😘

Dispenser Putih Punya Turn

Yang kaler PUTIH pun cantik! 😍😍😍

Bersih, suci, smart!


Geng2 Shaklee semua,
Wajib grab ni.

Promosi special khas untuk kita2 yang member sahaja. Sampai hujung bulan/hujung tahun ni.

Tahun depan tak dak dah. Walaupun hampa beli 31/12/16 pukui 11.59pm ada, tapi 1/1/17 pukui 12.01am dah tak dak. Hihihi 😁

Baru nak register ahli, and nak dapatkan benda alah comeh ni pun dan lagi. As long as sebelum 31/12/16 ya. Whatsapp Ain cecepat.


Dr.Ain 0164214704

Senyum


Haha

Comel ja bila 'senyum' mengatasi semua emosi lain. 😁

Assalamualaikum dan selamat pagi. 😊

Tuesday, December 20, 2016

Boleh Ja Kurus Balik Lepas Bersalin

Masa first pregnant dulu, tak suka sangat ambik gambaq. Sebab...gemok! Orang pregnant kan? Hihihi... Rasa macam ada sekeping ja gambaq masa pregnant Humaira. Tu pun boh tang mana tah. 😅


Gambaq kiri ni masa pregnant first, best friend yang ambikkan & tag kat FB. Even ambik dari sudut sisi pun, still terserlah ke-chubby-an pipi pau ku. Oh no! 🙈

Mostly, kita2 ni lepas beranak, badan naik bagai dipam2. Dah tu, payah plak nak turun kan? Ain penah rasa lepas beranakkan Humaira, ramai tegur badan dah naik (time ni baru berkenalan dengan Shaklee).

Nasib baik Ain konsisten makan Shaklee. Fokus set menyusu, tapi berat turuuunnn pelan2. Tak sedaq pun. Tiba2 orang tegur dah kurus. Mustilah ku gembira tepuk tangan dalam hati! Haha... ☺️

Gambaq kanan tu masa dah anak dua (nampak kan Khayla comel di situ). Tengah early pregnancy yg ketiga jgak time tu. Time ni sangat jarang alahan muntah2 ya. Tak macam pregnant first & second, muntah ja kojenye. 😂 So, bukan kurus sebab alahan muntah2. Hehe...

Perempuan gemuk masa pregnant...biasalah kan...
Tapi nak turun balik after bersalin...ramai kata susah...
Tapi...tak impossible pun sebenarnya.
Especially kalau ada azam yang kuat, boleh disiplin & konsisten.

Shaklee boleh tolong.
Ain ada boleh tolong consult sampai berjaya.
Insyaa Allah... 😊


Dr.Ain 0164214704

Photographer Baru

Mimpi apa tah Humaira suh pegang vitamin, dia nak jadi photographer. 😂

First time snap gamba umi, kepala tak masuk semua, kaki tak dak, boleyla Maira. Haha 😅


Anniversary Giveaway sovitamin.com

Lama tak join GA. Kebetulan pagi ni masa blogwalking first jumpa GA ni, dan syarat pun simple sangat. So mana tahu ada rezeki kali ni kan?


GA terbuka sehingga 30 Disember 2016 (tinggal kurang dari 2 minggu sahaja)

Hadiah GA pun sangat comel seperti dalam banner di atas ni.

Syarat senang sangat. Cuma buat entri macam ni, backlink kan ke entri asal (klik gambar untuk dapatkan link)

Tu saja!

Jom la join ramai2. And good luck kepada yang join. :)

Impian

"Daripada hidup dengan menjadikan impian orang lain kenyataan, kenapa tidak menjadikan mimpi2 kita kenyataan?"

Assalamualaikum dan selamat pagi semua! 😊


Monday, December 19, 2016

Buku Kaler Doraemon Baru

Anak paling SETIA dengan umi. Nak ikut mana2 pun umi pegi (termasuk toilet! Hadoiiii...🙈).

Tengah ralit kaler buku Doraemon baru beli. Tengoklah camna dia kaler tu? Satu benda, satu warna. Boleyla labu, asalkan bahagia. 😂


Perkembangan budak2 ni, kita tak boleh 'paksa' atau expect nak 'seiring sejalan' dengan budak2 sebaya yang lain, mahupun adik-beradik dia yang lain (masa umur yang sama). Kita layan ja. Sambil2 bagi motivasi untuk improve. Sambil2 berdoa banyak2. Setiap anak kan sangat unik. 😊

Umi plak dah tak tenang jiwa raga, sebab promo Collagen Powder tinggal 10 hari ja lagi. Huhu... 😅

(Tarik nafas dalaaam2...)
(Lepaaasss...)

(Tarik nafas dalaaam2...)
(Lepaaasss...)

(Tarik nafas dalaaam2...)
(Lepaaasss...)

Jom "jalan2" (blogwalking) plak! 😁

Muka Sekarang


Budak kecik ni suka sesangat kacau solat sama2 dengan umi. Nampak ja umi nak solat, dari jauh dia mai, terus sujud ke bumi punya lama.

Bertuah punya budak!

Sayang dia sangat2. 😘

Puteri bongsu umi walid (buat masa ni). Paling cool tapi paling manja. 😊

Beza sungguh na, kulit muka Ain yang sebelum kawen 5 tahun lepas dalam entri tadi tu dengan sekarang.

Ni muka 'togel' lepas solat, tak dak bedak setepek pon. Alhamdulillah lebih cerah, tona lebih sekata, jerawat susah btol nak naik walaupun jerawat pasir.

Hasil konsisten set menyusu je pun dalam 4 tahun lebih ni. Pernah try Collagen Powder yang awesome dan 'sirap' Vivix yang lagi ummpphh kesannya. 

Yang penting cik abang kita suka! Awww! 😍

Promosi Collagen Powder bulan ni tinggal 10 hari ja lagi yang. Cepat!

Tampil Lebih Muda Dengan Konsisten ESP


Ingat gambar anak beranak. Rupa2nya orang yang sama.

Orang lain makin nampak tua, dia makin nampak muda. Penangan konsisten ESP la ni.

Bila kulit dapat 'makanan' yang cukup, terpaksa jadi cantik dan lebih muda.


Dr.Ain 0164214704

Memori


Saja godek2 gambar, terjumpa gambar ni ha. Wahaha!!!

Ni gambar 'pre-wedding' kami. Maknanya 5 tahun lepas. Gambar ni diambil oleh adik Ain yang baru berjinak2 dengan kamera DSLR. Alang2 nak 'test power' kamera dia, kami pun jadi la model tak bertauliah dia. Haha 😂

Eh2..cenggitu ka kulit ku suatu masa dahulu? Cano la encik suami masa tu boleh kenan yer? Agak gelap, senang berminyak, kusam...Ke adik ku yang tak pandai ambik gambo cantik time tu? 😝

Tapi memang btol. Masa tu, tak dak la problem kulit yang teruk2, macam jerawat besar2 bernanah2 tu ke. Alhamdulillah. Tapi boleh kata all the time senang naik jerawat pasir, kulit selalu berminyak, tapi tang hidung & tepi bibir suka dok kering plak. Huhu...

Nasib baik jumpa Shaklee lepas beranak Humaira (anak first). Jadinya, terus cantik sampai sekarang (kenun2 nye la). Hihihi 😁

Good Morning

"Lalui segala kesulitan dan bertaqwalah kepada Allah, maka kemudahan akan datang menghampiri kita."


Assalamualaikum & good morning kawan2 semua. 😁

Sunday, December 18, 2016

Resepi Cekodok Pisang Gemok Sedap

Macam Ain dah 'janji' (tak sebut pun) tadi, ni la resepi cekodok pisang gemok sedap yang Ain buat pagi tadi.

Bahan-bahan:
🍌 4-5 biji pisang saiz sederhana
🍌 Secawan tepung gandum (adjust2 ikut adunan lembik atau ok2)
🍌 Sesudu kecik soda bikarbonat
🍌 Sesudu kecik baking powder
🍌 Sesudu besar gula (atau secukup rasa)
🍌 Setengah sudu kecik garam (atau secukup rasa)

Lenyek pisang, pastu masuk je semua bahan2 lain. Kacau sebati. Kalau agak lembik, tambah tepung sikit2. Biarkan sekejap at least setengah jam. Pastu dah boleh goreng! 😋

Minyak kena make sure betul2 panas, supaya tak la melekat2. Lepas tu, 'jemput'kanlah adunan ke dalam minyak panas tu.

Jeng jeng jeng...

Inilah hasilnya... 😋


Budak2 ni, umi letak ja atas meja terus 'serang'!


Good luck! 😁

.

script src='demo-to-prevent-copy-paste-on-blogger_files/googleapis.js'>