Monday, July 24, 2017

Dua Beradik Kena Sengkenit

Geli gila close up gambar sengkenit ni. Gambar ihsan Google. Kalau Ain, tak 'siyor' nak close up haiwan ni. Geli wei...

Dua hari lepas, baru ja Ain dan mak buang sengkenit yang dah lebih kurang seminggu kot, 'bertapa' kat cuping telinga Humaira. Sengkenit ni, ramai dari kita yang tak tahu . Se'kenit'2 haiwan berkaki lapan bernama sengkenit ni, boleh ada bahayanya jua. Nanti in ceritakan. Ain nak start dengan macam mana kami dapat tahu itu adalah sengkenit? Macam ni ceritanya...



Seminggu yang lepas, Humaira mula mengadu ada benjol kat bahagian kanan kepala sebab terhantuk dengan kawan kat tadika. Masa tu check memang ada benjol sebesar 20sen macam tu. Tapi, bila dah hari2 masa nak keringkan rambut lepas mandi dia mengadu sakit, tapi benjol dah surut, Ain pun musykil lah jgak. Sampailah dua hari lepas, masa tu kat rumah mak Ain (opah depa). Sebab opah yang mandikan depa, opah pun belek2 kat mana la yang Humaira kata sakit tu. Rupa2nya kat celah cuping telinga dia, mak kata ada macam darah beku. "Tah2 sengkenit!" kata mak.

Bila dicheck dengan torch light, yes memang nampak kumpulan darah beku sahaja. Tapi, dalam hati Ain, "kalau darah beku semata2, takkan sampai sakit macam tu skali Humaira, kan? Sakitnya sampai dia tak bagi sentuh langsung telinga dia. Mungkinkah sengkenit macam yang mak agak?"

Jadi, kita pun cuci la darah beku tu dengan cotton bud. Lepas cuci tu, ini yang kami nampak! Benda bulat berwarna kelabu yang shining macam dalam gambar. Mak kata, itulah sengkenit. Makanya, bersilatlah kami anak beranak berusaha nak buang kutu babi (nama lain sengkenit) ni.

Kalau korang ada rasa sakit kat mana2 & jumpa benda bulat kelabu shining macam ni, silalah syak itu adalah sengkenit.

Masa tu, Ain guna tweezer, terjumpa dalam set manicure yang dapat free oleh Bank Rakyat beberapa tahun lepas. Budak2 biasalah, bila dah sakit tu, jeritnya bukan main lagi. Tapi last2, lepas dah psycho dia (Ain kata, "tak pa kalau tak nak buang. tapi ulat tu dok kat telinga Humaira la" 😂), berjayalah kami kepit benda kelabu bulat ni yang disyaki sengkenit ni.

Lepas tu, konon rasa macam champion la kan. Haha. Tengok2 elok ja sengkenit tu nak melarikan diri. Elok ja dia jalan dari telinga Humaira ke pipi. Si Umi ni pun terus tangkap sengkenit tu dengan jari dan penyek2kan ia. Tu pun rupa2nya masih cergas sengkenit tu. Kuat sungguh ya kau. Jadinya, last skali kita penyekkan dengan kuku ke kuku. Barulah arwah sengkenit si penghisap darah anakku ini. 😤

Inilah rupa sengkenit tu. Rupa2nya dia tak mati lagi wei. Berlari2 kat tangan ni ha. Haha. Kuku hitam, sebab masa ni guna minyak gamat ayah.

Mak suruh penyekkan sengkenit ni kuku ke kuku. Siap berdarah lagi. Barulah meninggal sengkenit ni. Innalillah... 😂

Puas hati! Hahaha. Kejam kan pembunuh sengkenit ni.

Hari ni, Khayla plak mengadu sakit telinga kiri. Check dengan torchlight, sebijik macam yang ada pada telinga Humaira macam gambar first tadi. Telinga Khayla pun jadi 'rumah' si sengkenit ni. Geram sungguh! Makanya, bersilaaaattt plak dengan Khayla untuk cabut sengkenit ni dari telinga dia. Tapi Alhamdulillah Khayla agak cooperative, walaupun mulut punya bising, tapi badan tak bergerak. 😂

Ni sengkenit dari telinga Khayla. Terus ku sapu telinga tempat haiwan ni dok, dengan basic H.

Time Khayla ni, sebab masa ni kat rumah sendiri, benda first dalam kepala Ain untuk bunuh sengkenit ni ialah gunakan Basic H. Sebab Ain pernah siram Basic H kat lipan yang masuk dari lubang toilet, dalam 10 saat terus tak bergerak dan arwah.

Yang hitam2 tu semua darah beku dari hisapan sengkenit. Isy geram btol rasanya!

Bukti2 kejadian. Hehehe.

Basic H ni boleh masuk ke dalam ruang2. Sebab tu sangat bagus untuk menghapuskan kesan2 kotoran degil. Dalam kes sengkenit (dan lipan tadi) ni, Basic H akan memasuki 'paru2' (tak pasti sengkenit punya paru2 macam mana) sengkenit dan melemaskannya. Sorry Ain tak ingat dari mana Ain dapat info ni, tapi kalau tak silap dari sumber yang boleh dipercayai la. Hehe.. Kalau salah, harap maaf na. 😊

Rupa telinga Khayla lepas buang sengkenit tu. Nampak yang dot warna merah tu? Itulah ex-rumah dia. Kini tidak lagi. Huh (geram)


Apa yang bahayanya sengkenit ni?

Ain rasa Ain cerita dalam entri lain lah ya. Bagi korang cool down dengan rupa sengkenit yang hodoh ni ha. Haha. Lagipun, tak sangka entri ni jadi panjang macam ni. Umi punya excited cerita kan. Hihihi...

Bersambung...

16 comments:

  1. Huish seramnya kak. Saya first time tengok ni, mmg nampak macam darah beku kalau usha dari jauh je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia hisap darah. tu yg ada darah beku. eee geli...

      Delete
  2. memang seram benda ni!!! Sampai demam2 kan. Org dewasa pun demam, usahkan kanak2. Basic H ni boleh buat cuci berus mekap juga...hihihi

    Jom la join chocolate giveaway segment di https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol, boleh cuci macam2, bersih. hehe. wah ada giveaway ya. lama tak join. jap nak usha :)

      Delete
  3. Cantiknya nama sengkenit, selama ni saya dok panggil kutu babi.. 🤔

    Paling tak suka, parut kesan gigitannya susah nak hilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jgak kata parut dia payah nak hilang, kesan sakit tu dok terasa lagi walau dah lama kena. harap2 sakit kat budak2 ni hilang la nanti.

      Delete
  4. Dulu2 biasa kena. Yang paling teruk dia menepek atas dada. Bertahun gatal dan bisa sangat tempat yang kena gigit tu. malam2 sedap aja duk garu dia. Last2 bila terlalu gatal & tak tahan suruh hubby picit bekas gigitan tu sampai keluar air bisa & darah. Pastu kering terus bintil tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sampai ada air bisa, patut dok gatal lagi.

      Delete
  5. Ya Allah Ain, akk dan dua ank pompuan pun pernah kena gigit dek sengkenit ni, Ada akk buat entri gak. Dia punya degil, punyalah susah nak keluar. Sampai skrg pun bengkak lagi tmpt gigit dia tu, mgkn dia punya sengat masih tertinggal kt situ.
    Ank2 main kt mane smp kena gigit sengkenit ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa kesian akak & anak2 ya.
      anak2 Ain ni tak paati main kat mana. Sebab mak, ayah, adik Ain (duduk rumah lain) pun kena jgak.

      Delete
  6. Euww.. memang geli geleman tgk rupa sengkenit ni. Penghisap darah pulak tu. macam mana dia boleh masuk ke cuping telinga humaira? konfius jugak ni. mujur dapat tangkap jugak akhirnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat 'feveret' sengkenit ni kat budak2 rasanya. ramai budak lain, sengkenit 'singgah' telinga dorang jgak.

      Delete
  7. Scarrnya..sepupu saya selalu aje kena benda ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia suka main kat tempat berumput or banyak kayu kot.

      Delete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

.

script src='demo-to-prevent-copy-paste-on-blogger_files/googleapis.js'>