Wednesday, July 19, 2017

Saya Sayang Kakak Part 2

Awal pagi semalam, mak ayah bawa kakak ke Hospital Alor Star. Ada appointment dengan pakar hepatobiliary (pakar hati dan pankreas). Pakar yang Ain rasa, patut kakak jumpa sejak first detect ada ketumbuhan di pankreas tu lagi.

Gambar hiasan

Yang dah baca Saya Sayang Kakak Part 1, mungkin ada yang tertanya-tanya. Bukankah dah ke hospital swasta sebelum ini. Macam mana jadi ke hospital kerajaan pula?

Macam ni ceritanya...

Sambungan dari Part 1 hari tu, esoknya lepas kakak dimasukkan drip di klinik, kakak dah dijadualkan untuk dimasukkan stent ke dalam salur dari pundi hempedu. Kerana kanser itu dikatakan telah menekan salur pundi hempedu, jadi bila hempedu tak dapat mengalir keluar, akan terjadinya jaundice (kekuningan kulit dan mata putih, air kencing menjadi gelap, najis berwarna pucat - semua ini ialah tanda jaundice yang disebabkan 'obstruction). Ok, ini Ain faham.

Ain ni, bukanlah doktor pakar pun. Tapi, orang kata, perempuan ni kalau ada sixth sense, memang agak strong sixth sense dia tu (dalam entri ni, sixth sense Ain la hehe).

Dari awal lagi, entah kenapa, Ain dah rasa musykil dengan management hospital swasta ini. Biarlah nama hospital menjadi rahsia kami sekeluarga saja. Tak baik pun kan mengaibkan kan?

Kalau korang la, mula2 doktor kata nak operation buang kanser tu, then tiba2 kata nak stenting untuk stabilkan hati. Pastu bila dah buat stenting, tiba2 plak kata tak boleh operate tapi perlukan kimotetapi, pastu kejap cerita A, pastu Z, then balik ke A, pastu jadi F, G, H, and so on...konfius kan? Dan ada beberapa things lagi yang Ain nampak 'samar2', pebenda laaa hospital ni nak buat sebenarnya (dalam hati). Beberapa kali Ain cadangkan kepada ayah, untuk bawa kakak ke pakar hepatobiliary, siap nak refer sendiri. Tapi Ain tak tahu apa yang bermain di kepala ayah, yang membuatkan ayah tetap dengan keputusan nak meneruskan treatment di hospital swasta itu.

Bila doktor hospital swasta tu kata nak kimoterapi, ayah dah kelam kabut. Ayah mintak pendapat Ain, apa patut 'kita' buat? Ain terus whatsapp ex-boss Ain kat hospital tempat Ain kerja before resign dulu. Scary oooo nak tanya Mr.Fahmey tu. Secara jujurnya, Mr.Fahmey ialah salah sorang surgeon yang Ain respect kat Hospital Seberang Jaya tu. Sebab bijak, hand skills bagus dan professional sangat.

(Untuk pengetahuan, gelaran "Mr." ialah gelaran kepada pakar bedah dan pakar tulang.)

Masa whatsapp tu, Ain tak harap pun Mr.Fahmey tu ingat siapa 'Ainniah' ni haha. Tapi, kerana kakak, Ain beranikan jari jemari taip persoalan-persoalan dan whaysapp Mr. Fahmey. Kebetulan nombor Mr.Fahmey masih dalam simpanan fon, sebab sebelum ni pun pernah call direct Mr.Fahmey untuk mintak tolong nak refer satu kes urgent. Hehe...


Dah bincang2 semua, rupa2nya Mr.Fahmey pun berpendapat perlu refer ke pakar hepatobiliary. Jadinya, bermulalah kisah refer sana-sini macam masa kerja kat hospital dulu. Masa tu, Allah saja tempat Ain berharap. Dah la masa tu tengah kerja kat klinik. Asal tak dak patient je, terus sambung baca betul2 kes kakak balik, baca reports scan semua, blood results dan lain2. Nak refer luar dari negeri kena call pakar sendiri. Kalau tak tahu in out pasal kes, sanggup nak kena perli2 or jerit2? (tak semua doktor macam ni ya, hehe).

Hari tu, syukur sangat. Rasa nak sujud syukur. Sebab 'perjalanan' nak call dan refer surgeon oncall smooth sangat. Pukul 10 pagi call, surgeon busy. Surgeon tu benarkan untuk whatsapp details pasal kes kakak. Pukul 3 petang Alhamdulillah, case accepted. 😊

"Bila kita nakkan sesuatu, kalau kita berdoa dan terus berdoa dan terus berdoa dengan bersungguh-sungguh, sesungguh hati, dengan penuh yakin yang hanya Allah sebaik2 perancang, InsyaaAllah, jalan kita pasti dipermudahkan."



Bersambung di Part 3.

16 comments:

  1. Moga dipermudahkan segala urusan ain dan keluarga

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan kakak Ain ye, Dan seterusnya mendapat kesembuhan.

    ReplyDelete
  3. Alahai. Syafakillah buat kakak ain semoga diberi kekuatan

    ReplyDelete
  4. OWh alhamdulillah dah kenal dengan Mr Fahmey tu . Ain dulu nurse ke? btw semoga kakak cepat sembuh ya :) aminn..

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahlan urusan seterusnya..
    Bila seseorang diuji, bukan hanya dia diuhi tapi orang disekelilignya turut sama teruji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiinnn. Terima kasih banyak2 atas doa. Setuju dengan Nini tentang ayat Nini yang last tu.

      Delete
  6. semoga dipermudahkan urusan perubatan kakak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiinnn. Terima kasih banyak2 atas doanya ya.

      Delete
  7. Semoga dipermudah segala urusan oleh Allah SWT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiinnn. Terima kasih banyak2 atas doa.

      Delete
  8. Semoga dipermudahkan segala urusan..
    Syukur ain bekerja dibidang perubatan juga..
    Dapat membantu kakak.. Dan kalau hospital swasta mcm pelik2 je, blh jgk detect dan tahu nk refer ke mana..
    Bila Allah beri ujian, Allah akan beri jalan.. Semoga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  9. Mujurlah Ain ada juga background dalam perubatan ni jadi bolehlah faham selok-belok perubatan ya. Kalau macam kita orang biasa ni, main hadam aje apa doktor nasihatkan. Nak argue lebih-lebih takut kata lebih pandai dari doktor pulak.

    ReplyDelete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)