Friday, August 11, 2017

Pernah Tak Rasa Macam Kenapa Asyik Aku Je Kena Gigit Nyamuk

Pernah tak rasa macam, "kenapa asyik aku je yang kena gigit nyamuk? Balik kampung ramai orang lain pun, esoknya tengok aku je yang tergaru-garu akibat gigitan nyamuk. Apa yang membuatkan aku sangat digemari nyamuk?"
Achik yang digemari puak nyamuk. Balik kampung especially, mesti wajib bawa Herbal Blend. Sapu Herbal Blend cepat memang tak tinggal parut.


Dalam family Ain sendiri, yang menjadi 'favorite' nyamuk di mana-mana saja ialah husband Ain dan Zulaikha (Achik). Heran jgak kenapa dua beranak ni senang benor ada bintat nyamuk sana sini. Rupa-rupanya dah ada kajian tentang ini. Wow, jom teruskan baca!

Berdasarkan kajian, nyamuk memang memilih orang tertentu yang menjadikannya favorite untuk dihisap darahnya. Scary plak yer. Haha. Dalam satu artikel di WebMD, Jerry Butler, phD, professor emeritus dari University of Florida menyatakan, 1 daripada 10 orang mempunyai ciri-ciri yang disukai nyamuk!

Sebenarnya, bukan semua.nyamuk menghisap darah kerjanya. Hakikatnya, cuma nyamuk betina sahaja yang menghisap darah untuk mendapatkan protein bagi menghasilkan telur-telur baru. Jadi, apa yang membuatkan nyamuk memilih orang favorite mereka sahaja?


CIRI-CIRI YANG DISUKAI NYAMUK


1. DARAH JENIS O


Ya Allah, memang betulla kot. Sebab husband Ain memang darah jenis O. Achik tak pasti plak. Ain darah B, jadi agak possible Achik pun darah O juga. Nanti bila2 kita check ya.

Darah jenis O ni kiranya darah manis untuk nyamukla haha. Dalam kajian tu juga, didapati orang darah jenis A paling kurang digigit nyamuk, manakala darah jenis B berada di tengah-tengah.

Korang darah jenis apa?


2. SAIZ BADAN LEBIH BESAR


Ini adalah berdasarkan fakta, yang orang bersaiz lebih besar, membebaskan lebih banyak gas karbon dioksida. Nyamuk mengesan mangsa, berdasarkan adanya gas ini.

Nyamuk juga lebih tertarik kepada wanita mengandung.



3. IBU MENGANDUNG


Ibu mengandung juga membebaskan lebih karbon dioksida! Berdasarkan kajian pada tahun 2002, ibu mengandung membebaskan 21% lebih karbon dioksida berbanding ibu tidak mengandung.


4. BARU SELESAI BERSENAM ATAU AKTIVITI FIZIKAL


Ini kerana, selepas bersenam atau berkaktiviti fizikal, badan kita akan menghasilkan asid laktik. Nyamuk lebih tertarik dengan mereka ini


5. PAKAIAN MERAH ATAU GELAP


Kalau nak masuk hutan or balik kampung, lebih baik fikirkan untuk membawa pakaian yang lebih cerah supaya tidak menjadi perhatian nyamuk.

Dr. Jonathan Day, seorang pakar entomologi perubatan &-pakar nyamuk dari University of Florida menerangkan, "nyamuk mempunyai masalah terbang di kawasan yang berangin, jadi, lebih orefer terbang berdekatan tanah. Di situ, nyamuk mencari mangsa dengan membandingkan warna dengan langit. Warna gelap lebih menyerlah berbanding warna cerah."

Kalau sapu cepat krim Herbal Blend ni, memang tak tinggal parut.


6. KEHADIRAN BEBERAPA ELEMEN KIMIA TERTENTU DALAM BADAN


Contohnya bila badan menghasilkan lebih asid laktik, atau asid urik, orang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

**********

Sumber asal dari says.com 😊

13 comments:

  1. bes herbal blend ni, kalau sapu kat baby pun nyamuk tak pi kacau (^___^)v in syaa Allah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol. kalau balik kampung terlupa nak sapu sebelum tidur, esoknya menyesal dah la tengok kaki tangan baby penuh bintat nyamuk huhu

      Delete
  2. Anak anak mimi memg kompom kena gigit punya sebab sume drh o..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kesiannya. kena prepare 'perisai' siap2 kalau masuk hutan, balik kampung, or ke tempat banyak nyamuk la macam tu kan.

      Delete
  3. darah O...patutlah..nyamuk suka gigit. memang selalu ni duk tertanya-tanya juga pasaipa orang lain duk diluar nyamuk tak gigit pun. Yang kita ni tak menang nak menepis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sama macam husband Ain. asyik dok heran pasaipa kita tidur lena, dia dok tergaru2 kena serang nyamuk. hihi

      Delete
  4. Ye Ke patutlah ayah Syafi dgn atuk Syafi asyik komplen je selalu kena gigir. Syafi je x komple haha

    ReplyDelete
  5. akk darah A..kena gigit dgn nyamuk aedes..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish, aedes bawak denggi la kak yer. hati2

      Delete
  6. oo macam tu ye rupanya ada kategori yang disukai nyamuk ye, akak anak beranak o+, ada kemungkinan disukai nyamuk jugalah ye. bagus tu kena beli herba blend nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini kajian je. ada je darah jenis selain O yang 'digemari' nyamuk. cuma dari kajian ni, paling banyak orang berdarah O yang selalu kena gigit nyamuk.

      Delete
  7. All darah B, nmpknya jaranglah kena gigit nyamuk kan, hihi..eh, samalah darah Kita Ain.

    ReplyDelete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih. Singgah Lagi Ya.