Tuesday, August 8, 2017

Saya Sayang Kakak Part 3

Air mataku tumpah lagi. Kakak makin tenat. Yang pernah mengikuti kisah Saya Sayang Kakak Part 1 & Saya Sayang Kakak Part 2, mungkin ada yang ternanti-nantikan sambungannya. Ain mintak maaf. Bukan tidak mahu sambung kisah kakak kat sini. Tapi yang nak diceritakan belum mahu 'dimuntahkan' sampailah saat ini.


"...Stent not working. Kakak demam dan muntah. Ada infection. La ni nak gi Bagan Specialist untuk masuk antibiotik oleh pakar hepato. Without antibiotic, doktor kata 2 hari saja."

2 hari saja??? 😱😱😱


Rasa luruh jantungku baca mesej dari mak petang ni. 😭😭😭

Teringat rentetan kisah kakak mula didiagnos kanser pankreas tahap 4. Bermula dengan sakit perut lebih kurang dua minggu terakhir bulan puasa. Kira-kira tiga bulan lepas. Kakak ke klinik untuk pemeriksaan. Kata doktor cuma gastrik, lalu diberikan ubat gastrik dan angin. Masa tu, sempat juga ku berikan Peppermint Ginger Plus untuk buang angin. Kata kakak, dapatlah tiga hari tanpa sakit perut dah. Tapi bukan setakat itu sahaja.

Seminggu berlalu. Raya makin dekat. Tapi sakit perut kakak semakin kuat. Kakak ke klinik lagi. Ultrasound dijalankan, didapati ada beberapa biji batu dalam pundi hempedu. Lalu terus dirujuk ke pakar pembedahan. Ayah bercadang bawak kakak ke sebuah hospital swasta di sini.

Lain yang disangka, lain yang kami terima. Masa prosedur ERCP, barulah doktor 'jumpa' ketulan yang di'suspect' kanser. Ada semuanya ku ceritakan di Part 1. Tak mahu ulang lagi sebab panjang ceritanya. Kami semua beraya dalam kesedihan sebab risaukan kakak yang semakin sakit. Masa tu lah detik2 kakak down dengan life once diagnosed pancreatic carcinoma.

Ada diceritakan dalam Part 2, kerana tidak puas hati dan was2 dengan management hospital swasta itu, kami refer kakak ke pakar hepatobiliari di Hospital Alor Star.

Kakak pernah dirujuk ke Sunway Medical Center jgak. Dirujuk ke pakar usus untuk mengambil tisu kanser itu untuk biopsy bagi mengesahkan yang ianya kanser. Bukan tak pernah cuba ambil tisu untuk biopsy di Alor Star. Tapi, ketika itu, kanser telah merebak ke bahagian duodenum (bahagian awal usus), menyebabkan kesukaran untuk mengambil tisu di pankreas. Alhamdulillah, pakar Sunway Medical Center berjaya dapatkan tisu untuk biopsy. Benarlah....ianya kanser pankreas tahap 4!

Tuhan saja yang tahu, bagaimana perasaan kami sekeluarga dan orang2 terdekat. Siapa tak risau, jika dalam masa dua minggu sahaja, saiz tumor membesar dua kali ganda! Kemudian plak, kira-kira lepas seminggu, dah merebak ke duodenum pula! Allahu. Hanya Allah Maha Berkuasa, Maha Menyembuhkan.

Berdasarkan graf, pesakit kanser pankreas yang survive 0.5 tahun (6 bulan) ialah sebanyak 57% (57 orang dalam 100 pesakit). % yang survive banyak tahun semakin menurun!

Ada juga ku buat pembacaan sendiri di Google dan info yang boleh dipercayai. Taip je 'pancreatic carcinoma prognosis' akan keluar info tentang survival rate dan jangka hidup pesakit kanser pankreas. Semuanya lebih menggerunkan kami. Sekeluarga kami menangis tak henti-henti. Apa yang kami boleh buat cuma teruskan dengan apa yang boleh diikhtiarkan. Nasihat doktor pun kami buat, perubatan kampung pun merata-rata kami cuba. Semua orang suggest buat, semua kami support kakak.

Lama-lama, kakak nampak redha dan lebih kuat. Kami agak lega sebab kakak tak nak mengalah dengan kanser. Mak ayah ada cadangkan supaya kakak balik ke Indonesia untuk bersama-sama keluarga. Tapi kakak tak nak. Kakak NAK lawan kanser ni. Anak kakak yang seorang saja pun tak tahu yang kakak tengah sakit. Anis kat Indonesia, masih belajar. Umur baru 17 tahun.

Satu-satunya gambar kakak yang ada dalam FB Ain. Gambar lain ada dalam album di rumah mak. Gambar ni masa raya tahun 2014. Gambar 'maktok' (panggilan oleh anak2 kami) dengan Humaira (anak first Ain)

Kakak yang kami semua panggil 'kakak' ini, sebenarnya bukan kakak kandung kami. Tapi, kakak dah bersama kami sejak Ain berumur 6 tahun lagi. Dah 20 tahun lebih hidup dengan kami. Balik Indonesia cuma sekali dalam 2-3 tahun.

Mula sebagai maid sahaja. Tapi keikhlasan kakak menjaga kami sekeluarga, menyebabkan kakak setia dengan kami sampai sekarang. Kakak tak pernah merungut menjaga kami empat beradik yang macam-macam kerenah. Kakak sayangkan kami semua. Ya. Budak-budak tak pandai menipu. Inilah perasaan Ain sendiri masa Ain masih bergelar 'budak'.

Boleh kata seluruh cerita kami kakak tahu. Kami memang rapat dengan kakak. Kakak baik sangat. Dengan jiran-jiran, dengan sedara mara, kakak tak berkira langsung. Jiran-jiran pun ramai kenal kakak. Panggil ja nak urut ke, nak tolong kemas rumah ke, kakak datang dan buat.

Masa Ain dan kakak berpantang pun, kakak rajin datang tengok-tengokkan kami anak-beranak. Kakak jaga kami elok-elok. Mandi lambat kakak bebel. Lambat tungku or makan, sedialah dengar kakak bising. Kakak jaga kami betul-betul. Kakak tak mintak bayaran lebih pun.

Macam mana la kami tak sayangkan kakak sangat-sangat. Huhu...

Lepas dah confirm diagnosis kanser pankreas tahap 4, kakak dirujuk ke unit palliative di IPPT (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju), Bertam. Dekat je dengan rumah Ain. Kira-kira 15-20 minit drive saja. Alhamdulillah, mudah skit untuk mak ayah. Kesian jgak mak ayah, bawak kakak ke sana sini untuk jumpa pakar dan berubat.

Semalam, first time kakak appointment dengan pakar kanser (oncologist) (kalau tak silap Ain lah) di IPPT. Asalnya refer untuk chemotherapy. Tapi kata Dr.Gokula (pakar kanser IPPT, maaf kalau silap eja), untuk kakak, dah tak sesuai untuk chemotherapy, memandangkan stent yang di'insert' di hospital swasta awal2 dulu ialah jenis plastik, tak sesuai untuk yang nak buat chemotherapy. Kami redha. Jadi, kakak diberi pilihan, samada untuk memilih radiotherapy atau SBRT (Stereotactic Body Radiotherapy).

Organ berwarna kuning itulah pankreas. Kanser kakak di bahagian 'head', menyebabkan common bile duct (salur hempedu) ter'compress'. Sebab itulah stent dimasukkan untuk membenarkan pengaliran hempedu. Organ berwarna pink berbentuk "U" itu ialah duodenum.

Kata Dr.Gokula, SBRT ialah teknologi perubatan yang dipelajari beliau di Singapore, tak ada di Malaysia. Dan di Malaysia, hanya Dr.Gokula yang buat. SBRT ialah radiotherapy dari pelbagai arah, tetapi hanya fokus kepada sel-sel kanser sahaja. Dan chances yang dinyatakan ialah 30%. Nampak kecil nombornya. Tapi walau chances hanya 1% pun, itu pun masih ada peluang. Ingat lagi ayah pernah cakap. Think positive. Walaupun hanya 1%, kita anggap 1 dalam 100 itu ialah kakak. Ya. Selagi ada ikhtiar, selagi itu kita kena usaha. Dan tawakkaltu'alallah jangan dilupa. Kerana hanya Dia yang membenarkan sesuatu terjadi.

Info tentang SBRT, ada Ain baca skit kat SINI.

Hari ini, lain pula jadinya (dapat mesej mak macam kat atas tadi). Stent yang ada dah ditekan oleh kanser. Ada jangkitan (ascending cholangitis rasanya) di situ sebab hempedu tak dapat mengalir. Pesakit kanser dah la memang imuniti rendah.

Di saat ini, yang mampu ku lakukan hanyalah berdoa berdoa dan terus berdoa untuk kakak.

"Ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Berkuasa. Aku hambamu yang sangat lemah. Tak mampu dan tak berkuasa. Hanya meminta dariMu Yang Satu Yang Maha Kuat. Pinjamkanlah sedikit kekuatanMu kepada kakak. Kuatkanlah semangat kakak untuk melawan kanser. Berilah kesempatan untuk kakak bertemu dengan Anis. Permudahkanlah rawatan kakak supaya stabil untuk pulang ke Indonesia secepat yang mungkin. Kami sayangkan kakak. Kami doakan yang terbaik untuk kakak. Kalau Engkau takdirkan kakak pergi, permudahkanlah segalanya. Aaamiiinn."

Aaaminnn Ya Rabbal 'aaalamiiin...

Jangan pernah berhenti berusaha. Jangan pernah berhenti berdoa.


*Berdebar menanti hari esok...

14 comments:

  1. Semoga kakak tabah dan sabar menghadapi dugaan penyakit ini juga semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  2. Allahu...sedihnya...moga kakak terus kuat dan tabah hadapi dugaan ni

    ReplyDelete
  3. lain orang lain ujiannya dan kakak terus kuat dan tabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol. tak tahu la kita nanti macam mana.

      Delete
  4. Sedihnya baca entry ni..semoga kakak kuat dan mampu bertahan...semoga semuanya selamat...aamiin =(

    ReplyDelete
  5. Semoga kakak sembuh semula... In shaa Allah.

    ReplyDelete
  6. Allahu..Semoga kakak dan family ain tabah dan sabar melalui ujian ini, Moga Allah berikan kesemubuhan buat kakak

    ReplyDelete
  7. Sedih akak baca dari part 1 ...begitu sanyang Ain dan keluarga pada kakak .Semoga tabah hadapi dugaan ini .Berikan sokongan pada kakak utk hadapi hari2 yang dia lalui.

    ReplyDelete
  8. Besarnya dugaan. Semoga kakak terus kuat. Boleh baca sini untuk panduan kakak
    https://mama-syafi.blogspot.my/2011/07/panduan-tentang-kanser-based-on.html?m=1

    ReplyDelete
  9. Hebatnya dugaan kakak & family ain..
    Semoga kakak tabah dan kuat melawan sakitnya..
    Semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  10. Allahu... sedih pulak membaca kisahnya ni. Kanser ni mendengar nama aje dah takut apatahlagi kalau menghidapinya. Mintalah dijauhkan olehNya.

    Semoga kakak lebih tabah dan kuat bertarung bila bersama-sama dengan keluarganya.

    ReplyDelete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih. Singgah Lagi Ya.