Wednesday, September 13, 2017

7 Fakta ESP Shaklee Yang Anda Kena Tahu

7 Fakta ESP Shaklee yang anda kena tahu

Dok dengar ESP boleh cantikkan kulit, ESP boleh bantu untuk turunkan berat badan, ESP sesuai sangat untuk pesakit kencing manis, ESP itu, ESP ini, korang dah kenal belum ESP ni sebenar-benarnya? 7 fakta ESP Shaklee inilah, yang patut korang tahu. Nak masuk badan jadi darah daging, kenalah pastikan ianya yang terbaik saja. Kan? 😊



ESP Shaklee suplemen protein terbaik

FAKTA ESP SHAKLEE #1 


1 hidangan ESP (3 sudu besar ESP) mengandungi 14g protein, 8g karbohidrat, 500mg kalsium (50% dari keperluan harian dewasa bersaiz sederhana).

Keperluan protein harian ni bergantung kepada umur, jantina dan faktor2 lain. Nanti kita buat satu topik lain la untuk ini ya. :)


ESP Shaklee lengkap dengan kesemua 9 asid amino 'perlu' (essential amino acids)

FAKTA ESP SHAKLEE #2


Asid amino merupakan bahan binaan protein. Boleh dibahagikan kepada asid amino 'perlu' (essential amino acids) & 'tak perlu' (non-essential amino acids).

Asid amino 'perlu', diPERLUkan oleh badan kerana tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita. Asid amino 'perlu' ini boleh didapati dari diet seharian tetapi agak impossible untuk mendapatkan kesemua 9 asid amino 'perlu' ini. Protein sangat sensitif dengan suhu tinggi. Jadi kebanyakan protein termusnah semasa proses penyediaan makanan (menggoreng, merebus, membakar, etc)

Kekurangan even satu sahaja asid amino 'perlu' ini boleh mengganggu proses kimia dalam badan.

Asid amino 'tak perlu', seperti namanya, tidak diperlukan kerana boleh dihasilkan oleh badan kita.


ESP Shaklee dihasilkan dari soya berkualiti tinggi.

FAKTA ESP SHAKLEE #3


Dalam banyak2 sumber protein, antara sumber haiwan dan tumbuhan, of course sumber tumbuhan better, sebab bebas lemak jahat & kolesterol. 

Dalam banyak2 sumber protein tumbuhan pula, soya terpilih untuk menghasilkan ESP Shaklee, sebab soyalah satu2nya sumber protein tumbuhan yang lengkap dengan kesemua 9 asid amino perlu, seperti yg ada dalam sumber protein haiwan.

Suplemen protein berkualiti tinggi macam ESP ni, membantu membekalkan tenaga, kecergasan dan stamina.


ESP Shaklee sangat halus. Siapa yang minum ESP mesti tahu.

FAKTA ESP SHAKLEE #4


3kg versus 850g. Banyak kan bezanya tu? Lebih 3 kali ganda!

Soya yang dihasilkan untuk menghasilkan ESP Shaklee asalnya ialah sebanyak 3kg tau. Diproses semua, akhirnya tinggal 850g sahaja. Ini disebabkan Shaklee nak 'pekatkan' kandungan protein dalam kuantiti yang lebih kecil. Kalau tak, kita ambik ESP 9 sudu besar sehari kot? (lebih 3 kali ganda kan?). Haha gurau ja eh. 😜


Kalau soya diproses dengan alkohol, haram satu hal. Dan satu lagi, habislah kandungan isoflavone dalam soya. Tapi tidak bagi ESP Shaklee.

FAKTA ESP SHAKLEE #5


ESP Shaklee diproses dengan air untuk mengekalkan kandungan isoflavone di dalamnya, yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Ada Ain ceritakan manfaat isoflavone sebelum ni. Klik SINI untuk bacaan lanjut.


Bukan ESP Shaklee saja, beware dengan sumber makanan GMO yang lain.

FAKTA ESP SHAKLEE #6


Haa, korang tahu tak, dalam dunia ni, lebih 80% soya adalah dari sumber non-GMO?

GMO ialah singkatan kepada Genetically Modified Organism, bermaksud organisma (haiwan atau tumbuhan) yang dah diubah genetik.

Senang cerita, nak bagi ayam cepat membesar, ayam disuntik growth hormon. Nak bagi pokok berbuah cepat dan banyak, disuntik itu ini dan lain2. Bukannya apa, untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat. Bila dah mengubah ciptaan Allah ni, macam2 lah side effectnya.

Tu yang kita selalu dengar, minum soya banyak2 kulit jadi nipis dan sensitif semua tu. Sebab non-GMO ni lah. Jadi, cari ali ilmu, dan buat pilihan yg bijak. :)

Minum soya supermarket berkotak2 takkan sama dengan minum ESP ni tau. Hehe..


Protein sangat sensitif (mudah termusnah) dengan suhu tinggi tau. Jadi, nak hasilkan suplemen protein yang berkualiti macam ESP Shaklee, kena proses dalam suhu rendah.

FAKTA ESP SHAKLEE #7


ESP diproses pada suhu rendah sebab? Haa, tadi Ain dah bagitau kan, protein sangat sensitif pada suhu tinggi. Jadi suhu rendah ni untuk mengekalkan khasiat protein dalam ESP.

Tu sebab yang konsisten ESP ni, cantik2 kulit depa. Dalam Shaklee, ESP ni suplemen top ten tau. HOT giteww... :)

Tak percaya, boleh terus membaca dan tengok sendiri KOLEKSI TESTIMONI ESP SHAKLEE. 😊


Pengedar Shaklee Butterworth
COD Butterworth
Poslaju ke seluruh Malaysia

2 comments:

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)