Saturday, October 21, 2017

8 Tips Kuruskan Pipi

Budak comel la kalau pipi chubby. Tapi orang dewasa, meh cuba tips kuruskan pipi dalam entri ni.

Ada orang dilahirkan badan kurus, pipi pun kurus, bonus sangat kan. Ada juga yang pipi kurus tapi badan gemuk. Dan ada juga yang badan kurus, tapi punya berusaha untuk kuruskan pipi. Kali ni, Ain nak share beberapa senaman muka yang simple boleh buat setiap hari bila-bila masa saja, untuk kuruskan pipi. Orang perempuan ni tak boleh ditegur skit pipi dah chubby, nampak berisi, dah tembam dan sebagainya kan? So, let's give ourself a try on these senaman muka. Info ni Ain dapat dari website www.facialfitness.com. Thanks ya share tips best dan mudah macam ni. :)




CHIN LIFTS



Tips Kuruskan Pipi 1

Senaman ini ialah untuk meregangkan otot muka di bahagian rahang dan tengkuk. Boleh dilakukan semasa duduk atau berdiri. Dongak ke atas, mata pandang ke siling. Buat mulut seolah-olah seperti hendak mencium siling. Tahan 10 saat, kemudian rehat. Ulang sebanyak 10 kali.



FISH FACE



Tips Kuruskan Pipi 2

Korang mesti pernah buat mulut ikan macam dalam gambar kan? Tahu tak, senaman "muka ikan" ni kalau buat selalu memang boleh kuruskan pipi. Senaman ini memberi tona kepada otot-otot muka sekaligus membolehkan pipi kurus dalam masa yang cepat. Cubalah. Semasa menonton TV atau tengah baca entri ni pun boleh buat. Tahan selama 5 saat, dan ulang 10 kali.



JAW RELEASE



Tips Kuruskan Pipi 3

Senaman untuk kuruskan pipi ini berfungsi dengan meregangkan otot-otot di bahagian mulut, rahang dan pipi. Sesuai sangat untuk mereka yang ada double chin (Untuk senaman hilangkan double chin, pernah Ain share KAT SINI). Caranya ialah dalam keadaan duduk atau berdiri, mulakan dengan posisi muka macam sedang mengunyah dengan mulut yang tertutup. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian lepaskan nafas dengan membunyikan "hmmm". Lepas tu, buka mulut dengan lidah menekan di bahagian gigi bawah. Tarik nafas dan lepaskan nafas seperti biasa, tahan posisi ini selama 5 saat. Ulang 10 kali



LIPS PULL



Tips Kuruskan Pipi 4

Lips Pull ini ialah salah satu senaman dalam senaman yoga wajah, yang jika dilakukan secara konsisten, mampu menaikkan otot muka sekaligus memberi wajah yang lebih awet muda. Wow, best ni! Caranya ialah dalam keadaan duduk atau berdiri, buat seperti di dalam gambar. Tahan 10 saat. Ulang 10 kali. Mesti anda akan rasakan regangan di bahagian rahang dan pipi.



BLOWING AIR EXERCISE



Tips Kuruskan Pipi 5

Dengan Blowing Air Exercise ini, anda akan merengangkan keseluruhan otot muka dan leher, dengan itu akan menyahkan double chin dan menguruskan pipi. Senaman ini hendaklah dilakukan dalam keadaan duduk bersandar did kerusi supaya tulang belakang lurus. Pandang ke atas semaksima yang boleh, dan tiup ke arah siling. Buat selama beberapa saat dan ulang 10 kali.



RAJIN SENYUM



Tips Kuruskan Pipi 6

Ada orang takut nak senyum sebab ingatkan boleh menyebabkan pipi lebih chubby. Tapi sebenarnya, dengan senyuman, otot-otot pipi akan meregang, dan lama kelamaan pipi akan kurus. Kan orang kata nak nampak awet muda rajin-rajinlah senyum. :)



SENAMAN REGANGAN KULIT MUKA



Tips Kuruskan Pipi 7

Cara untuk senaman ini ialah dengan menundukkan kepala sehingga dagu menyentuh dada (bukan seperti di dalam gambar ya). Kemudian picit pipi di bawah rahang ke arah luar, dan sebut "Aahh" untuk beberapa saat. Rileks. Buat tiga kali sehari. Sakit jgak pipi dok kena cubit sendiri sampai 3 kali sehari ya. Punyala nak kuruskan pipi. Agaknya lemak-lemak di pipi pun sakit kot, tu yang 'lari'. Hihihi :P



TUTUP MATA RAPAT-RAPAT



Tips Kuruskan Pipi 8

Paling senang senaman ni. Cuma tutupkan mata rapa-rapat dengan bantuan otot-otot di pipi. Tahan selama 10 saat. Ulang sekurang-kurangnya 5 kali sehari untuk kesan yang diidamkan.


***************

Selamat mencuba!

Boleh ambik gambar BEFORE and AFTER. Kita challenge diri sendiri untuk 3 bulan. Boleh?

3 comments:

  1. wahhh, banyak tips. mudah je buat ni..")

    ReplyDelete
  2. Banyaknya tips.. Boleh cuba nie.. sebab cam dah chubby lak pipi nie.. hehehe..

    ReplyDelete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

script src='demo-to-prevent-copy-paste-on-blogger_files/googleapis.js'>