Wednesday, October 18, 2017

Kalsium dan Osteoporosis

KALSIUM DAN OSTEOPOROSIS | Tulang paling pesat bertumbuh sekitar usia 11-15 tahun. Kalsium diperlukan & akan disimpan dlm tulang untuk mnguatkannya di kemudian hari. Bekalan kalsium yang tidak cukup untuk kes tertentu (contoh : ibu hamil, ibu menyusu) akan menyebabkan kalsium dari tulang diambil.

Osteoporosis, hasil kekurangan kalsium yang kronik, menjadikan tulang kurang tumpat, rapuh dan sangat mudah patah walaupun tanpa trauma (pathological fracture).

Walaupun tulang kita dijadikan kuat dan fleksibel, namun penggunaan seluruh tubuh kita setiap hari menyebabkan akan ada beberapa 'defects' kecil pada tulang setiap hari. Macam bangunan, setegyh manapun ia, dari hari ke hari akan ada kerosakan dan perlu diperbaiki untuk terus menguatkannya.

Disebabkan ini, untuk tulang kita, Tuhan jadikan dua sel yang bertindak bersama untuk proses membaiki tulang yang rosak. Osteoclasts ialah sel yang menyingkirkan bahagian tulang yang telah rosak. Osteocytes pula ialah sel yang 'menampal' semula bahagian tulang yang rosak ini. Proses ini dipanggil bone remodelling.

Semakin kita berusia, 'kerja' osteoclasts dan osteocytes menjadi semakin kurang efisyen. Osteoclasts mula menyingkirkan bahagian tulang pada kadar yang lebih dari mana yang osteocytes mampu baiki. Semakin kita berusia juga, kadar penyerapan kalsium semakin merosot. Tulang yang sepatutnya padat, lama-kelamaan akan mula melompong, dan terjadilah osteoporosis.


Apa Itu Osteoporosis?


Osteoporosis ialah sejenis penyakit tulang, di mana tulang sudah mereput, menjadi fragile dan sangat mudah rapuh. Osteoporosis terjadi akibat ketumpatan tulang yang semakin berkurang, disebabkan faktor genetik dan pengambilan kalsium yang tidak cukup untuk suatu jangka masa yang panjang. Bukan sebulan dua tak cukup kalsium terus jadi osteoporosis ya. Ambil masa yang panjang. Sebab itu osteoporosis sangat common di kalangan orang-orang yang telah berusia, kini semakin menjadi 'penyakit orang muda'.

Fakta yang paling mengejutkan ialah kekurangan kalsium dalam tulang boleh memendekkan badan mengakibatkan belakang badan melengkung ke bawah (hunched back)! 😱


Faktor-faktor Risiko Osteoporosis 


Ada beberapa faktor yang lebih merisikokan kita lebih mudah mendapat osteoporosis tau:

  • 'Mat dan minah' Saleh ("omputeh")
  • Wanita
  • Sejarah keluarga osteoporosis
  • Kurang berat badan (BMI kurang dari 18)
  • Kurang senaman
  • Haid tak menentu
  • Merokok
  • Pengamal minuman alkohol
  • Kurang diet yang tinggi kalsium

Faktor seperti genetik itu tidak boleh diubah. Manakala faktor-faktor yang lIn, kita boleh control. Jadi untuk mengelakkan osteoporosis, amalkan pemakanan seimbang, dan rajin-rajinlah bersenam.


Tanda-tanda Kekurangan Kalsium


  • Kejang otot
  • Kerap sakit badan, sakit belakang, sakit kaki, sakit sendi
  • Osteoporosis
  • Gigi cepat rapuh
  • Kemurungan
  • Kuku mudah patah
  • Jantung berdebar*
  • Darah tinggi*
  • Masalah insomnia
  • Gangguan pembelajaran
  • Tarik*
  • Sembelit
*perlu dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bukan disebabkan sesuatu yang serius

Sejauh mana kalsium dari pemakanan seharian mampu mencegah osteoporosis?

Kenapa Susah Sangat Nak Penuhi Keperluan Kalsium Dari Diet Seharian Sahaja?


Sebab nak dapatkan 1000-1200mg kalsium sehari, banyak yang kita perlu makan atau minum. Contohnya, kalau susu, kita perlu minum 4 gelas susu 8oz setiap hari. Kalau yang jenis suka susu tak apa. Kalau yang tak suka susu macam Ain, nak telan segelaa pun fikir sepuluh kali kot. Hihihi.

Sumber kalsium lain juga ada dalam sayur-sayuran. Korang boleh ke telan sayur breakfast, lunch dan dinner dalam kuantiti yang cukup? Boleh rujuk jadual kat bawah ni untuk sumber2 kalsium dah berapa kalsium yang dibekalkan setiap hidangan.

Sumber-sumber kalsium

Ok, yang boleh diterika tekak plak ialah buah. Untuk 1000mg kalsium, kita perlukan 22 biji oren setiap hari. Kalau masa Chinese New Year ok la kan. Tapi..."setiap hari"? 🤔


Macam Mana Dengan Suplemen?


Jika anda rasa pemakanan tidak dapat memenuhi keperluan kalsium anda, pilihlah suplemen kalsium yang baik dan berkualiti. Kebanyakan suplemen kalsium menyediakan 200-500mg kalsium sahaja. Sedangkan kita memerlukan 1000-1200mg kalsium setiap hari.

Dalam satu-satu masa, badan kita hanya mampu menyerap sekitar 500mg kalsium sahaja. Jadi jika perlu, kita boleh consume suplemen kalsium itu dua kali sehari.


Tips Pemilihan Suplemen Kalsium Yang Baik


  1. Jangan bergantung semata-mata kepada kalsium dalam suplemen multivitamin, kerana kabanyakannya cuma mengandungi kalsium yang sedikit
  2. Carilah suplemen kalsium yang juga mengandungi vitamin D, kerana vitamin D membantu penyerapan berkesan kalsium. Lain lah kalau korang suka nak berjemur pagi2 around 15-20 minit tanpa pakai sunblock! Hihihi
  3. Elakkan suplemen kalsium daripada kerang tiram (oyster shell), kerana dikhuatiri mengandungi bahan kimia lead.

Suplemen kalsium terbaik mestilah dari Shaklee Ostematrix. 😊 Bagaimana kalsium membantu kitar tidur yang baik, ada di SINI.

Promosi Ostematrix suplemen kalsium lengkap untuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, sempena World Osteoporosis Day.
3 hari (18-20 Oktober 2017) sahaja!


Sumber:

1 comment:

  1. Kalsium memang penting untuk tubuh badan.. Kena dapatkan kadungan kalsium yang mencukupi agar kekal sihat pada hari tua nanti :)

    Kalau masih panjang umur

    ReplyDelete

Dah habis baca, komenlah sikit. TQ so much! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

script src='demo-to-prevent-copy-paste-on-blogger_files/googleapis.js'>